BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taliban wajibkan burqa

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Taliban wajibkan burqa

Taliban wajibkan burqa
Wanita Afghanistan berpakaian burqa sambil membawa makanan yang diperolehi percuma sumbangan di Kabul. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
KABUL: Taliban mengenakan sekatan paling keras ke atas wanita Afghanistan sejak merampas kuasa, mengarahkan mereka memakai burqa yang menutupi keseluruhan tubuh, di khalayak ramai.

Taliban menguasai semula negara itu pada Ogos tahun lalu, menjanjikan peraturan yang lebih lembut daripada tempoh terakhir mereka berkuasa di antara 1996 dan 2001, yang dikuasai oleh pencabulan hak asasi manusia.

Tetapi mereka mengenakan sekatan ke atas wanita, melarang mereka daripada menyertai sektor awam, pendidikan menengah, dan daripada berjalan sendirian di luar bandar atau Afghanistan.

Pada Sabtu, pemimpin tertinggi Afghanistan dan ketua Taliban Hibatullah Akhundzada, mengumumkan kod pakaian yang ketat untuk wanita apabila mereka berada di khalayak ramai.

"Mereka harus memakai chadori (burqa dari kepala hingga ke kaki) kerana itu tradisi dan tanda hormat," kata satu arahan atas namanya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taliban, pada satu majlis di Kabul.

"Wanita yang tidak terlalu tua atau muda hendaklah menutup muka, kecuali mata, mengikut hukum syariah, bagi mengelakkan provokasi apabila bertemu lelaki bukan mahram," katanya.

Arahan itu dijangka mencetuskan kecaman di luar negara. Ramai dalam masyarakat antarabangsa mahukan bantuan kemanusiaan untuk Afghanistan dan pengiktirafan kerajaan Taliban dikaitkan dengan pemulihan hak wanita.

Dekri Akhundzada juga mengatakan jika wanita tidak mempunyai kerja penting di luar, "lebih baik mereka tinggal di rumah".

Semasa rejim sebelum ini, Taliban mewajibkan burqa bagi wanita.

Sejak mereka kembali berkuasa, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat mengeluarkan garis panduan mengenai pakaian yang harus dipakai wanita tetapi perintah yang dikeluarkan pada Sabtu, yang pertama.

Kumpulan itu mencetuskan kemarahan antarabangsa pada Mac apabila mereka mengarahkan sekolah menengah untuk perempuan ditutup, hanya beberapa jam selepas dibuka semula buat kali pertama, sejak mereka merampas kuasa.

Pegawai tidak pernah mewajarkan larangan itu, selain mengatakan pendidikan anak perempuan mesti mengikut prinsip Islam.
 
Benda baik kita kena sokonglah
 
Kene wajibkan juga di malaysia
Sbb sudah byk kejadian rogol anak di mesia kerana mereka tidak menutup aurat di rumah

Ustazah asma bole mulakan dulu
 
Minta bini abg mulakan dl la camtu hehehe
 
selamat sikit penglihatan
 
Kenapa wajib kan benda yang sunat. Tutup aurat tu wajib. Bukan burqa yang wajib. Ni contoh fitnah kpd orang islam
 
Back
Top
Log in Register