BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takdir memasuki syurga/neraka sudah ditentukan

adakah ini yang dikatakan..pada akhirnya..org2 muslimin yg didalam neraka , akhirnya dimasukkan juga kedalam syurga setelah azabnya diterima? mksdnya jika kita adalah orang yg telah melakukan dosa, lalu bertaubat, tapi kita masih akan dimasukkan kedalam neraka sebelum dihantar ke syurga? ada sesapa yg arif bole jawabkan soalan kawan?

#:-S banyak lagi kita kena belajar pasal agama ni nampaknya.makin banyak belajar, terasa makin banyak ilmu yg belum kita belajar.

- Org Islam yg berdosa, wajib ditebus dengan azab.Setelah ditebus= Masuk Syurga selama-lamanya.
-Org Islam yg berdosa, tetapi sempat bertaubat- Hapus dosa, tak perlu ditebus dosanya dengan azab=terus Masuk Syurga(selama lama)

-Orang bukan Islam-(tidak sampai seruan) ( terpulang pada Allah menentukannya)
-Orang2 yang Kafir-Yang diseru lalu menolak Islam- (Neraka merupakan tempat tinggal bagi mereka selama-lamanya.

(Perkataan yg paling takut bagi aku adalah-Selama-lamanya- tak dapat bayangkan camne lah penduduk Neraka tu menerima Azab selama-lamanya-sedangkan di dunia ni sekejap pun dah tak sanggup. Nauzubillah...
 
yg xdapat diubah adalah:
rezeki
ajal maut
jodoh

Jadi maknanya, kalau kita dah ditakdirkan miskin, tak kiralah usaha macamana pun, berdoa macamana pun, kita tak akan berpeluang jadi kaya?? Ke macamana tuan??
 
#:-S banyak lagi kita kena belajar pasal agama ni nampaknya.makin banyak belajar, terasa makin banyak ilmu yg belum kita belajar.

- Org Islam yg berdosa, wajib ditebus dengan azab.Setelah ditebus= Masuk Syurga selama-lamanya.
-Org Islam yg berdosa, tetapi sempat bertaubat- Hapus dosa, tak perlu ditebus dosanya dengan azab=terus Masuk Syurga(selama lama)

-Orang bukan Islam-(tidak sampai seruan) ( terpulang pada Allah menentukannya)
-Orang2 yang Kafir-Yang diseru lalu menolak Islam- (Neraka merupakan tempat tinggal bagi mereka selama-lamanya.

(Perkataan yg paling takut bagi aku adalah-Selama-lamanya- tak dapat bayangkan camne lah penduduk Neraka tu menerima Azab selama-lamanya-sedangkan di dunia ni sekejap pun dah tak sanggup. Nauzubillah...

terima kasih atas penerangan tuan..tapi tajuk topik ni.. maksudnya ..dari wujudnya kita dalam perut ibu, adakah sudah ditakdirkan sama ada kita akan ke syurga atau neraka ? sbb tu dikurniakan akal utk mendapatkan iman supaya , dan iman itu yg merubah nasib syurga/neraka bg seorang manusia yg beragama islam?
 
Semakin jelas..harap lagi penjelasan2 lanjut..

Apabila baca satu2 nas, kita kena tahu bezakan adakah hal2 tersebut menyentuh tentang Syariat(Zahir) ataukah menyentuh tentang Tauhid(Hakikat).

Umpamanya bila satu2 nas itu menyebut, seseorang itu masuk syurga kerana dia telah beramal dengan ilmunya... maka kita kena faham bahawa itu adalah ayat yg berbentuk Syariat(Zahir).

Apabila kita membaca suatu nas bahawa tidak ada manusia yg mampu memasuki syurga dengan ilmu dan amalnya melainkan RAHMAT Allah semata2 seperti yg dapat dirujuk dari hadis ini ----> [http://lidwa.com/app/ Muslim No rujukan software 5038], jadi kita kena faham bahawa ayat tersebut adalah berbentuk Tauhid(Hakikat).

Selaku orang Islam apa yg kita kena buat adalah terima kedua2 nas dan letakkan pemahaman terhadap nas tersebut di tempat yg betul.

Menerima nas2 Zahir Syariat semata2 dan menolah nas2 Hakikat Tauhid... atau memahami nas2 nas2 Zahir Syariat sebagai Hakikat Tauhid menjadikan orang itu berfahaman Qadariah.

Menerima nas2 Hakikat Tauhid semata2 dan menolak nas2 Zahir Syariat... atau memahami nas2 Hakikat Tauhid sebagai Zahir Syariat menjadikan orang itu berfahaman Jabariah.

Manakala iktikad ASWJ yg sebenar adalah menerima kedua2 nas yakni Zahir Syariat dan Hakikat Tauhid dan memahami kedua2 nas itu pada tempatnya... iaitu syariat sebagai syariat... Tauhid sebagai Tauhid.
 
ni dri pemahamann aku..

TAKDIR = apa yg dah ditulis oleh Allah sebelum terciptanya segala sesuatu..

sebagai contoh.. sebelum ko lahir kat dunia ni.. Allah dah tuliskan siap2 jalan cerita hidup ko.. dalam cerita hidup ko ada baik dan ada buruk.. ada ke jalan neraka dan ada ke jalan syurga.. so, pilihan terletak ditangan ko..

katekan hari ni ko nak buat jahat.. so, ko buatla.. tapi.. ape yg ko buat tu.. mmg dah tertulis awal2 lg..Sbb tu, Allah Maha Mengetahui.. cuma ko je yg buat pilihan.. dan perbuatan yg ko buat tu jela akan dicatat oleh malaikat..

bab rezeki pulak.. Bila Allah cipta alam ni.. Allah pun sediakan rezeki utk makhlukNya.. so,, katekan ko nak makan KFC hari ni.. then.. ko pergi la KFC.. means.. rezeki dah ada.. pilihan di tangan ko..

bab jodoh pulak.. Bila Allah cipta lelaki.. Allah ciptakan perempuan.. So, ko nak perempuan mcam mana? kalau ko nak si A, ko jumpala mak ayah dia utk kawin ngn dia..katekan parents dia rejects.. means ko xde jodoh dgn si A.. tpi ko masih boleh buat pilihan nak jodoh mcm mana..

hidup ni Allah bagi PILIHAN..

TAKDIR tu urusan Allah.. kita cuma perlu patuh perintah Allah, tinggal larangan Allah.. Usaha dapatkan apa yang kita nak.. Usaha sehingga terdaya.. lepas ko yakin ko dah betul2 berusaha.. then ko tawakal.. bila ko da tawakal.. ko akan redho dgn apa yg ko bakal dapat.. sbb ko YAKIN DGN TAKDIR ALLAH. asalkan step usaha doa tawakal ni x ditinggalkan,,

semoga bermanfaat..
 
Sama2 kita renungkan kata2 Allah seperti berikut... :">


[2.79] Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.

[2.80] Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?".

[2.81] (Bukan demikian), yang benar, barang siapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

[2.82] Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.
 
Maknanya kalau rezeki kita kalau dah ditakdir secupak tak akan jadi segantang..
Adakah juga pendapatan tak boleh diubah dengan usaha dan doa..?

Orang ***** mencari rezeki yang telah ditetapkan


# kalau dah ditetapkan rezeki untuk apa mencari:eek:
 
Ada kaitan dengan Hadith kat bawah ni.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Shahih keduanya dari Abu Hurairah berkata bahwa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Adam dan Musa berdebat di sisi Tuhan keduanya. Maka Adam mengalahkan argumen Musa.

” Musa berkata, ’Kamu adalah Adam yang diciptakan oleh Allah dengan tangan-Nya.
Dia meniupkan ruh-Nya padamu, Dia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu,
dan Dia mengizinkanmu tinggal di Surga-Nya.
Kemudian gara-gara kesalahanmu, kamu menjadikan manusia diturunkan ke bumi.’

Adam menjawab, Kamu adalah Musa yang dipilih oleh Allah dengan risalah dan Kalam-Nya.
Dia memberimu Lauh [kepingan kayu atau batu; pent] yang berisi penjelasan tentang segala sesuatu.
Dia telah mendekatkanmu kepada-Nya sewaktu kamu bermunajat kepada-Nya.
Berapa lama kamu mendapatkan Allah telah menulis Taurat sebelum aku diciptakan?’

Musa menjawab, ’Empat puluh tahun.’

Adam bertanya, ’Apakah di sana tertulis,
‘Dan durhakalah Adam kepada Allah dan sesatlah dia.’ (QS. Thaha: 121)?’

Musa menjawab, ’Ya.’

Adam berkata, ’Apakah kamu menyalahkanku hanya karena aku melakukan sesuatu yang telah ditulis oleh
Allah atasku empat puluh tahun sebelum Dia menciptakanku?’

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda, “Adam mengungguli argumen Musa.”
 
ni dri pemahamann aku..

TAKDIR = apa yg dah ditulis oleh Allah sebelum terciptanya segala sesuatu..

sebagai contoh.. sebelum ko lahir kat dunia ni.. Allah dah tuliskan siap2 jalan cerita hidup ko.. dalam cerita hidup ko ada baik dan ada buruk.. ada ke jalan neraka dan ada ke jalan syurga.. so, pilihan terletak ditangan ko..

katekan hari ni ko nak buat jahat.. so, ko buatla.. tapi.. ape yg ko buat tu.. mmg dah tertulis awal2 lg..Sbb tu, Allah Maha Mengetahui.. cuma ko je yg buat pilihan.. dan perbuatan yg ko buat tu jela akan dicatat oleh malaikat..

bab rezeki pulak.. Bila Allah cipta alam ni.. Allah pun sediakan rezeki utk makhlukNya.. so,, katekan ko nak makan KFC hari ni.. then.. ko pergi la KFC.. means.. rezeki dah ada.. pilihan di tangan ko..

bab jodoh pulak.. Bila Allah cipta lelaki.. Allah ciptakan perempuan.. So, ko nak perempuan mcam mana? kalau ko nak si A, ko jumpala mak ayah dia utk kawin ngn dia..katekan parents dia rejects.. means ko xde jodoh dgn si A.. tpi ko masih boleh buat pilihan nak jodoh mcm mana..

hidup ni Allah bagi PILIHAN..

TAKDIR tu urusan Allah.. kita cuma perlu patuh perintah Allah, tinggal larangan Allah.. Usaha dapatkan apa yang kita nak.. Usaha sehingga terdaya.. lepas ko yakin ko dah betul2 berusaha.. then ko tawakal.. bila ko da tawakal.. ko akan redho dgn apa yg ko bakal dapat.. sbb ko YAKIN DGN TAKDIR ALLAH. asalkan step usaha doa tawakal ni x ditinggalkan,,

semoga bermanfaat..


Kenapa allah x buat pelihan ke syurga terus:eek::eek::eek:
bongkok etul:))
 
Apabila baca satu2 nas, kita kena tahu bezakan adakah hal2 tersebut menyentuh tentang Syariat(Zahir) ataukah menyentuh tentang Tauhid(Hakikat).

Umpamanya bila satu2 nas itu menyebut, seseorang itu masuk syurga kerana dia telah beramal dengan ilmunya... maka kita kena faham bahawa itu adalah ayat yg berbentuk Syariat(Zahir).

Apabila kita membaca suatu nas bahawa tidak ada manusia yg mampu memasuki syurga dengan ilmu dan amalnya melainkan RAHMAT Allah semata2 seperti yg dapat dirujuk dari hadis ini ----> [http://lidwa.com/app/ Muslim No rujukan software 5038], jadi kita kena faham bahawa ayat tersebut adalah berbentuk Tauhid(Hakikat).

Selaku orang Islam apa yg kita kena buat adalah terima kedua2 nas dan letakkan pemahaman terhadap nas tersebut di tempat yg betul.

Menerima nas2 Zahir Syariat semata2 dan menolah nas2 Hakikat Tauhid... atau memahami nas2 nas2 Zahir Syariat sebagai Hakikat Tauhid menjadikan orang itu berfahaman Qadariah.

Menerima nas2 Hakikat Tauhid semata2 dan menolak nas2 Zahir Syariat... atau memahami nas2 Hakikat Tauhid sebagai Zahir Syariat menjadikan orang itu berfahaman Jabariah.

Manakala iktikad ASWJ yg sebenar adalah menerima kedua2 nas yakni Zahir Syariat dan Hakikat Tauhid dan memahami kedua2 nas itu pada tempatnya... iaitu syariat sebagai syariat... Tauhid sebagai Tauhid.

Kuat betul mereka2 untuk menyedap diri:eek:
 
Back
Top
Log in Register