BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takdir Cinta Megi Perisa Itek: the Joni's Chronicles

satLover

Fun Poster
Messages
459
Joined
Jan 30, 2012
Messages
459
Reaction score
100
Points
28
Nikmatilah garapan karya Cerpot (cerita secipot) oleh aku di kala pagi buta ni sebba takleh tido.. hayatilah kisah Joni, seorang penggemar tegar Meggi Berperisa Itek. dan saksikanlah bagaimana Tuhan Yang Maha Bijaksana telah mengunakan satu asbab yang kecil iaitu 'Meggi Berperisa' Itek' untuk membentuk haluan hidup Joni..apakah ini satu kesudahan yang gembira bagi Joni? Marilah sama-sama baca hayati kisah Joni Megi Perisa Itek ini..
- / 21 Okt 2012

IMG00550.jpg


Takdir Cinta Meggi Perisa Itek…

Satu kampus dah tahu macamana kegilaan Joni terhadap Megi Perisa Itek…

Boleh kata, kalau dia tak ‘pekena’ sehari, tak boleh tidur barangkali. Sehingga lekat gelaran “Joni Perisa Itek”. Sampai pensyarah semua pun mengenal dia di sebabkan Megi Perisa Itek itu.

Joni dapat menjadi Presiden ‘student council’ pun di sebabkan poster kempen pilihanraya kampus tu di letak gambar Megi Perisa Itek di satu kotak, dan lambang pangkah di kotak sebelah gambar tersebut. Kiranya tak salah kalaudi katakan “Ingat Megi Perisa Itek, dan ingatlah Joni!”

Joni tak pernah kisah apa orang nak kata. Dia tak pernah mintak pun orang kenal dengan dia. Yang penting Joni tahu yang mana kawan dan yang mana lawan nya. Dan yang terutama sekali, dia dapat ‘membelasah’ Meggi Perisa Itek setiap hari..

Di satu petang yang hujan renyai-renyai, Joni terasa lapar pula. Dia bingkas ke dapur rumah sewanya itu dan membuka peti ais. Takde! . Dia beralih ke kabinet makanan pulak, pun Takde!
Joni tak puas hati, dia kembali ke biliknya dan menuju ke almari bajunya, pun Takde! “Sudah” kata Joni dalam hati. “Aku mesti ke kedai dan pegi beli dalam sepeket dua” Bisik hatinya lagi.

Joni menyarungkan T-shirt ke badanya dan mencapai kunci Vespa nya. Dengan tergesa-gesa, dia pun keluar dari rumahnya itu dan menyarungkan kunci Vespa nya itu ke lubang kunci. Joni menyepak “Kick-Starter”nya berkali-kali sambil memulas sikit pedikit minyak untuk menyumbatkan seidkit minyak petrol ke ‘mulut karburater’ Vespa nya itu, tetapi gagal juga untuk ‘Vespa Super Puller’ nya itu untuk hidup. Joni tak puas hati, lalu dia pun turun dari motornya itu dan mengangkat tempat duduk ke atas. Dia memusingkan kekunci skru nat penutup tangki minyaknya dan membelek-belek kandungan minyak petrol dalam tangki tersebut.

”Adoi! Ni mesti kerja si Benjo ni sedut minyak aku ni! Selamba je sedut minyak aku sebab minyak motor dia dah abis! Jaga kamu Benjo balik kang! Tau le nasib kamu!” bentak Joni sendirian.

Hujan masih renyai-renyai, Joni sudah semakin lapar. Lalu di abertekad untuk redah saja hujan tersebut dengan payung. Pada hematnya, biarlah dia basah lenjun, asalkan perutnya yang lapar itu dapat di alas dengan Megi berperisa Itek kegemaran nya itu.
Padahal bukan takde makanan lain dalam peti ais rumah sewanya itu. Macam-macam makanan lain ada, tinggal nak panaskan saja balik dan boleh di makan. Tapi Joni tidak mahu. Dia sendiri tahu apa perutnya mahu untuk melengkapkan kitaran ‘lapar’ nya pada waktu tersebut.

“PURRR!!!!” bunyi percikan air dari lopak tepi jalan menyimbah kaki Joni sebaik saja sebuah kereta Nissan Sentra berlalu dengan pantas di jalan yang sama dengan jalan yg sedang Joni lalui dengan berjalan kaki sambil berpayung itu. Habis basah seluar Engineered Jeans yang di belinya dgn Wak Endang di bundle Memory Lane Ipoh tahun lepas. Tapi Joni tak kisah. Minda nya hanya di program untuk berfikir satu matlamat sahaja, iaitu “Meggi Berperisa Itek”!

Tak tahu lah apa yang sedap sangat dengan Megi berperisa Itek itu, tapi yang nyatanya, Joni amat gemar dengan serbuk rempah serta minyak bawang goreng yang di sertakan sekali dalam setiap pek Megi perisa Itek tersebut. Berminyak-minyak mulutnya menghirup kuah mee segera tersebut. Dan bila di kenang-kenang oleh Joni sendiri, menitis air liurnya membayangkan emosi ketika menghirup serta menikmati mee tersebut.

Sampai sahaja Joni di kedai serbaneka yang di tujuinya itu, di kuaknya pintu kaca kedai itu. Dengan segera dia menguncupkan payung yang di pakainya tadi dan di selitnya di tepi pintu kaca tersebut, dan dia pun melangkah masuk.

Dengan tidak memperdulikan sambutan “Selamat datang” dari pekerja kaunter kedai serbaneka tersebut,( padahal pekerja kaunter di kedai tersebut memang kenal benar dengan Joni, memandangkan ‘reputasinya’ sebagai ‘Joni Perisa Itek’ telah mengatasi statusnya sebagai pelanggan tetap di kedai itu, Joni pun kenal sangat dengan dia.) Sambil berlalu Joni hanya mengangkat sedikit kepalanya kepada budak tersebut, sebagai tanda bahawa dia sedang seolah-olah berkata “Hei, apa khabar’. Walaupun tanpa sepatah kata. Ermm.. itu perkara biasa bagi orang muda generasi ini…

Joni terus meluru ke ‘isle’ makanan segera. Sebelum sampai ke ‘isle; tersebut, dia dapat melihat kelibat seorang gadis yang juga sedang menuju ke arah yang sama.

Dalam pada itu, Joni dapat melihat jelas yang gadis tersebut berbaju kurung putih kelabu berbunga-bunga halus. Amat manis gadis perwatakan gadis tersebut. Tapi ahh, Joni bukan datang ke situ untuk mencari pasangan hidup. Ingat kembali matlamat asalnya tadi? Ye benar, dia kesitu untuk mendapatkan Megi Perisa Itek.

Tiba-tiba dia dapat mendengar laungan dari kaunter.

”Bang! Meggi Perisa Itek tinggal last satu paket je bang! Stok dah habis! Kilang tak hantar dah lepas ni! Saya stok satu untuk abang je! Amik kat tempat biasa ye!” Laung budak pekerja kaunter tersebut dari kaunternya. Joni dapat mendengarnya dengan jelas kerana apabila dia mendengar budak tersebut memanggil “Bang” tadi, dia segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.

”Sudah pulak! Takkan takde dah Megi Itek lepas ni? Naya aku nih!” getus Joni di dalam hati.

Dalam beberapa saat ,dengan spontanya dia terfikir keadaan hidupnya yang bakal berubah secara drastic memandangkan tiada lagi Megi Perisa Itek. Dia membayangkan GPA dan CGPA nya merudum pada setiap penghujung tahun dan setiap sem, memandangkan dia sudah tiada lagi ‘teman’ yang betul-betul memahami jiwanya itu.
Dia juga membayangkan bahawa mungkin dia akan cedera parah akibat kemalangan menaiki Vespa nya suatu hari nanti memandangkan mindanya sudah tidak dapat focus terhadap apa yang di buatnya.

Itu semuas di fikirnya dalam beberapa saat sebaik selepas sahaja dia mendegar budak kaunter itu berkata “Lepas ni kilang tak hantar dah!”.

Joni kembali tersedar dari lamunan nya yang dalam tempoh beberapa saat itu. Sebaik sahaja menoleh kembali ke arah ‘isle’ makanan segera yang menempatkan mee segera kegemaranya itu, Joni melihat gadis berbaju kurung putih kelabu berbunga2 halus itu sedang mencapai sesuatu dari rak ‘isle’ tersebut. Mindanya bersangka bahawa mungkinkah gadis tersebut telah ‘sapu’ Megi Itek tersebut? Namun segera mindanya membalas sendiri bahawa, tida orang lain yang suka makan Megi Perisa Itek ni. Tambah-tambah lagi nak bersusah payah dapatkan mee itu dalam keadaan hujan macam ni.

Apabila hampir sahaja dengan rak biasa yang menempatkan Megi Itek yang di dambakanya dari awal tadi, Joni dengan jelas dapat melihat bahawa gadis tadi memang benar telah ‘sapu’ Megi Perisa Itek terakhir yang di inginya sangat itu. Jilat pelat wajah Joni melihat ‘idamanya’ itu di sapu orang.

Namun dia merasa pelik pula memandangkan mindanya serta hatinya tidak pula berkonflik pada waktu itu, malah, minda dan hatinya sedang ‘bersetuju’ untuk membiarkan sahaja gadis berbaju kurung berbunga halus itu untuk mengambil terlebeih dahulu mee segera tersebut.

Entah mengapa, mindanya dari berfikir sentiasa mengenai Megi Itek , telah bertukar pula untuk berfikri mengani gadis yang berada di depan nya itu. Minda nya seolah-olah memujuk Joni untuk melupakan sahaja mengenai Megi Perisa Itek dan focus penuh kepada gadis yang di depan matanya sekarang.

Joni tidak tahu nak berbuat apa sekarang. Matlamat asalnya untuk mendapatkan Megi Perisa Itek tadi telah berubah hala. Tiada lagi gambaran serbuk rempah serta minyak bawang goreng sebagai perencah yang mencukupkan perisa Itek di dalam mee segera tersebut yang di bayangkan nya. Yang ada sekarang, satu gambaran bagaimana gembiranya hatinya kalau dia dapat mengenali dengan lebih lanjut gadis tersebut.

Dalam beberapa saat itu jugalah gadis yang tadinya di lihat Joni mengambil terlebih dahulu Megi Perisa Itek terkahir itu, telah pun berada betul-betul di hadapan Joni. Joni tergamam. Gadis itu melihat terus ke mata Joni. Gadis itu seperti mahu berkata sesuatu… Dan seperti tidak di percayai oleh Joni, dia dapat mendegar satu suara merdu berkata padanya:

”Awak.. saya dengar tadi awak pun suka kat Megi Perisa Itek ni kan?” tegur suara merdu itu. Ternyata,memang bukan mimpi, gadis berbaju kurung putih kelabu tadilah yang menegurnya.

”Err..ye, ye..tapi takpe lah.. takde rezeki saya kut..” Balas Joni terketar-ketar. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan situasi sebegini rupa.. Joni pernah berdebat di televisyen nasional semasa dia memasuki pertandingan Piala Perdana Menter bagi kategori Pelajar IPT, namun, situasi di tegur oleh gadis yang ‘mempengaruhi emosi dan mindanya’ ini amat berbeza. Dia merasakan bahawa segala ‘keupayaan’ nya hilang bila berdepan dengan situasi getir ini.

Secara jujurnya, Joni belum pernah lagi mengalami perasaan ‘lemah longlai’ dan ‘tidak berupaya’ seperti ini.

”Tu lah, saya pun tadi sebelum hujan rasa lapar jugak. Tengok-tengok semua Meggi Perisa Itek saya yang saya simpan kat rumah dah habis. So, saya datang lah sini macam biasa nak beli stok baru, tengok-tengok budak kaunter tu kata ini last stok, dan kilang lepas ni tak hantar dah. Dengar cerita sales Meggi Perisa Itek ni kureng skit, so production pun tak mau buat lagi dah. Tu yang stop tu..” Sambung gadis itu lagi..

Seperti tidak percaya Joni mendengarnya, dia tidak menyangka pula ada juga insan lain yang mempunyai minat selera yang sama dengan dirinya itu, iaitu Meggi Perisa Itek. Dan seperti satu keadaan yang sudah di tetapkan pula untuk mereka berdua sama-sama (sebelum ke kedai itu) kehabisan stok Megggi Perisa Itek,malah mereka juga seperti telah di tetapkan untuk terasa lapar pada waktu yang lebih kurang sama… Kini Joni dapat merasakan telah terjadi ‘satu perancangan yang lebih besar’ untuk dirinya sedang berlaku secara lansung di depan matanya.

“Tapi camner ek?Sebab dah last stok yang saya pegang ni. Sian kat awak, awak pun nak jugak kan mee tadi tu? Okey, apa kata camni. Meggi ni ada 6 pek. Apa kata awak amik 3, saya amik 3? Boleh tak?” Cadang gadis berbaju kurung itu kepada Joni.

Berkaca-kaca mata Joni mendengar ayat cadanagn yang keluar dari mulut gadis itu..Terharu hatinya kerana gadis itu sanggup pula berkongsi stok terkahir mee itu denganya.

”Eh, takpe lah. Dah takde rezeki saya ni, awak amik lah ye..at least bolehlah tahan 6 kali makan untuk awak nanti..Takpe.” Tolak Joni dengan beradap terhadap cadangan gadis tadi.

Kalau dulu, pantang saja ada tawaran dari orang untuk Meggi Perisa Itek, memang dia tidak pernah pun untuk tolak, malah di paksanya orang untuk menawarkan dia mee tersebut, tapi kini bila keadaan ini sedang berlaku, Joni tidak tahu apa yang telah terjadi terhadap dirinya sehingga di mampu untuk menolak kelazatan Meggi Perisa Itek itu…

”Awak..janganlah macam tu. Saya ikhlas ni. Saya memang nak share dengan awak pun. Saya tak kisah. Takpe, saya bayar untuk satu paket 6 pek ni, tapi kita kongsi ek. 3 sorang? Pealse awak.. takkan tak sudi nak terima pemberian saya ni kut?” desak gadis tersebut sambil tersenyum manis terhadap Joni.

Berdebar hati Joni melihat senyuman dari gadis itu. Dia seolah-olah dapat merasakan ada “Butterfly in his stomach” (rama-rama dalam perut) apabial keadaan itu berlaku. Joni hanya terdiam dan melbalas senyuman itu..

“ Dah, toksah citer banyak, meh ikut saya kita gi kaunter, saya bayar. Lepas tu kita bahagi-bahagi Meggi ni ek, awak? Jom..” Gesa gadis itu. Dia segera melangkah ke arah kaunter pembayaran. Sambil mula melangkah, dia menoleh ke arah Joni mengajaknya untuk ikut sekali.

Dan seperti anak kecil, Joni akur dan mengikut saja arahan gadis itu. Dia mempercepatkan langkahnya. Melihat keadaan itu, gadis tersebut menunjukan isyarat untuk Joni berjalan serentak denganya. Sekali lagi Joni akurkan sahaja.

Selesai sahaja membayar harga Meggi Perisa Itek itu, gadis itu bingkas mengoyak kan paket utama, dan segera mengeluarkan tiga pek mee dari paket utama itu.

”Bro, mintak satu plastik kecik satu ye..” Kata gadis itu kepada budak kaunter tersebut. Budak kaunter itu tersenyum dan menghulurkan satu plastik kepada gadis tadi. Sebaik sahaja mendapat plastik itu, gadis berbaju kurung berbunga halus itu menyumbatkan 3 pek meggi perisa itek kedalamnya. Seelok muat-muat sahaja pek-pek mee segera itu di dalam plastik kecil tadi.

“Okeh awak..as promised, ni dia tiga pek meggi perisa itek terakhir awak untuk millennium ini..heheheh” kata gadis tersebut sambil meghulurkan plastik tadi kepada Joni. Gembira benar rupa gadis itu. Malah makkin berseri-seri pula wajah gadis yang mempunyai sama selera dengan Joni itu.

Seperti budak tak cukup akal, Joni menyambut sahaja huluran plastik tadi dan tersengih.

“heh,..heh.. terima kasih awak” sambut Joni pula.

Sebenanrnya, Joni masih tergamam dan tidak tahu apakah reaksi yang patut di berinya pada waktu tersebut. Joni benar-benar seperti ‘hilang akal’ waktu itu!

“Jomlah kita keluar dari kedai ni awak” Kata gadis itu lagi.

“Ok” kata Joni. Mereka berdua pun mula melangkah menuju ke arah pintu. Dan sebaik saja mereka menguak pintu kaca untuk keluar, hujan renyai tadi mula menitis agak kasar sedikit.

“Hurm.. hujan makin lebat lagi nampaknya ni. Awak datang naik apa?” tanay gadis itu pada Joni.

’Err..saya, saya jalan kaki tadi. Pakai payung..” Balas Joni tergagap-gagap.

“hah, kalau macam tu, ok lah, apa kata saya hantar awak ke rumah awak? Saya bawak keter ni..” Cadang gadis itu.

“Jom.kang lebat lagi ni..” sambung gadis itu lagi. Joni menganguk-angguk tanda setuju. Dia masih dalam mod ‘separa sedar’ dan ‘hilang akal’.

“Saya tumpang payung awak jap ye. Keter saya kat sana nuu” kata gadis itu sambil tersenyum.
Sekali lagi Joni hanya mengangguk.
Di kembangkanya kembali payung yang masih basah akibat perjalanan menuju ke kedai itu tadi dan di halakanya ke atas. Berderap-derap bunyi titis hujan menimpa permukaan payungnya itu.

Joni mula masuk ke bawah kaki payung itu, gadis tersebut mengikutnya masuk. Mujurlah payung itu cukup besar untuk mereka berdua, jadi tidaklah sampai berlaga bahu atau apa-apa.

Dengan perlahan-lahan, Joni memulakan perjalanan menuju ke arah kereta gadis yang baru di kenalinya di kedai itu tadi. Pembetulan, dia belum kenal lagi gadis itu sebenranya, nama pun Joni tak tahu lagi, malah, Joni sendiri belum memperkenalkan dirinya pada gadis yang telah baik hati menghadiahkan padanya Meggi Perisa Itek itu, serta menawarkan untuk menumpangkanya balik ke rumah. Gadis itu juga berjalan dengan kelajuan langkah yang sama dengan Joni.

Sebaik saja sampai ke arah sebuah kereta Kenari berwarna merah, Joni menghalakan langkahnya ke arah pintu pemandu. Ini di buatnya supaya gadis manis yang baik hati itu tidak basah ketika mahu membuka pintu keretanya sendiri.

Lubang kunci di masukkan anak kunci, kemudian anak kunci itu di pulas, dan kesemua pintu kini sudah boleh di buka. Pada hemat Joni, mungkin system penggera kereta itu rosak. Tapi ahh,Joni tidak mahu berat-berat fikir pula pasal penggera pintu pada waktu ini. Dia sedang ‘gabra’ waktu itu, dan bukan waktu untuk fikir pasal benda-benda lain…

Gadis itu masuk ke dalam kereta mengikut pintu pemandu. Dia menunjukan isyarat untuk menjemput Joni masuk pula melalui pintu penumpang. Sebaik sahaja pintu pemandu di tutup, Joni pula menuju ke arah pintu penumpang dan masuk.

Dia menguncupkan kembali payungnya dan dengan berhati-hati dia meletakan payung itu ke tempat kaki tempat duduknya. Bukan apa, dia tidak mahulah kereta gadis itu basah dek kerana payung nya tadi.

“Okeh ye, kita jalan..” Ujar gadis tersebut sambil tersenyum. Masih manis.
Joni dapat melihat titisan air hujan membasahi kawasan pipi gadis tersebut. Bersinar-sinar pula wajah gadis itu di simbahi titisan air hujan yang tak seberapa itu.

“Err.. ye, ye.. rumah saya belok kiri nanti ye, dekat dengan lorong 13 ye..Terima kasih” kata Joni

“Eh, lorong 13? Dekat le dengan rumah saya mcm ni. Saya kat lorong 11 je. Saya tinggal dengan family..” balas gadis itu sambil tersenyum lagi.

Mereka memulakan perjalanan. Lampu isyarat membelok di nyalakan. Kerta memulakan pergerakan dengan kelajuan biasa dan menambah sedikit kelajuan sebaik sahaja gear di tukar.

“Awak, saya ada satu idea. Apa kata kalau awak singgah rumah saya dan saya masakkan awak Meggi ni nak? Anggaplah macam salam perkenalan kita berdua. Dan jangan risau, abah, ibu dan abang saya ada kat rumah. Ibu saya mesti tak sabar-sabar nak kenal awak bila dia dapat tau je ada jugak orang yang suka makan Meggi Berperisa Itek macam anak perempuan dia yang sorang ni…Er.saya le tu..” cadang gadis itu sambil tersenyum.

”Eh, takpe ke? Tak menyusahkan ke? Dah le awak hadiah saya meggi yang last ni, pastu awak hantar saya balik, pastu sekarang ni awak nak masakkan saya meggi ni pulak ke? “ balas Joni terketar-ketar, sambil tersengih.
Sebenarnya dia tak pasti apa yang perlu di buatnya. Tolak atau terima? Apa salahnya dia tumpang makan, kalau keluarga gadis itu termasuk ayah, mak dan juga abangnya ada di rumah ketika itu. Bukanya dia datang ketika mereka semua tiada di rumah.

“Eh, takpe. Saya tak sabar-sabar nak buktikan kat abang dengan Abah saya yang ada juga manusia lain yang makan Meggi Perisa Itek macam saya. Selalu diorang kutuk-kutuk saya takut jadi Itek..” Sambung gadis itu lagi cuba untuk memperkukuhkan cadangan awalnya tadi.

“ Ermm..kalau dah awak kat macam tu, saya ikut je lah.Tak pernah ada orang masak Meggi Perisa Itek untuk saya ni. Kat kedai nak beli yang dah siap masak pun memang takde orang jual Megi Perisa Itek. Kari dengan sup ada le..” Balas Joni kembali.

“By the way, saya Joni. ‘Joni Perisa Itek’ orang panggil saya.. heh heh heh..” sambung Joni tersengih-sengih , sambil mengangkat sedikit tapak tangan nya ke paras muka nya, iaitu sebagai tanda “Hi”.

“Eh, biar betul? Joni Perisa Itek? Saya pulak Intan. Orang panggil ‘ Intan Perisa Itek’. Hahahaha, kebetulan sama pulak gelaran kita ni ye?” Nyata gadis bernama Intan itu.

Bersambung di episode 2. “Takdir Cinta Megi Perisa Itek, part Deux”
 
adik laki aku suke benar ngan megi ni.

n btw, nama kengkawan dia pggil pun joni -.-" (johnny)
 
Pergh.. Abam satlover sudh mengarang pulop..hehe..
 
adik laki aku suke benar ngan megi ni.

n btw, nama kengkawan dia pggil pun joni -.-" (johnny)

peminat megi itek sememangnya unik dan adorable tau.. Yours truly pun salah seorang peminat die hard jugak... :D
 
macam mana ni tt, baru baca separuh dah boring la.. sori x dapat nak abiskan :(

*tapi thread tt sbelah den mmg khatam abes :D
 
Last edited:
disebabkan maggi perisa itik nie jadi tajuk... terhabis jugak episod nie aku baca... :)) bila nak tepek episod 2 nie TT?... :D
 
mmg ada eh megi itik ni..ak kena try..mau setahun xjamah megi
 
Back
Top
Log in Register