BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak pernah serik ditahan polis

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
image.jpg

Suspek kes pertama bersama dadah yang dirampas polis dalam satu serbuan.


KAMPUNG RAJA - Walaupun enam kali pernah ditangkap atas kesalahan dadah, namun seorang pemuda berusia 24 tahun tidak pernah insaf apabila dia sekali lagi diberkas polis atas kesalahan sama dalam serbuan di Kampung Tok Dor Dalam dekat sini pagi Isnin lepas.

Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut bersama pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di kampung tersebut kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, polis yang menyerbu rumah terbabit terlebih dahulu memperkenalkan diri dan mengarahkan penghuni buka pintu.

Menurutnya, memandangkan penghuni tidak menghiraukan arahan tersebut memaksa polis memasuki melalui pintu dapur rumah dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan cemas.

“Pemeriksaan lanjut polis menjumpai 222 biji pil dipercayai dadah jenis pil kuda dan syabu dianggarkan seberat 3 gram yang diletakkan di dalam beg silang dan dompet dipercayai milik suspek termasuk yang disorok di celah dinding rumah,” katanya.

Mohd Zamri berkata, suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah kepada penagih di sekitar kawasan kampung tersebut.

Menurutnya lagi, semakan mendapati suspek telah ada enam rekod lampau iaitu lima kes atas kesalahan positif dadah dan satu kesalahan memiliki dadah.

“Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 25 tahun yang turut mempunyai lima rekod kesalahan dadah lampau diberkas oleh anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Kampung Raja di hadapan sebuah rumah taman perumahan Kampung Raja pada jam 4.10 petang hari sama.

Menurutnya, suspek ditahan anggota polis berkenaan yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan tersebut.

“Polis yang menjalankan pemeriksaan menemui sejumlah 50 biji pil dipercayai dadah jenis pil kuda dalam satu beg yang diselit pinggang suspek.

“Suspek yang tinggal di taman perumahan sama juga didapati positif dadah pil kuda dan seterusnya ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen sama dengan suspek pertama,” katanya.

Kata Mohd Zamri, polis akan terus melakukan operasi untuk mengesan dan menangkap individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah membabitkan pengedar dan penagih.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tak-pernah-serik-ditahan-polis-1.705695
 
Nak bagi insof senang ja. Buat macam Duterte buat.. Kasi tembak ja.. Kan?
 
pil kuda.

nanti ada la kes rogol anak sendiri. bunuh mak ayah. semua sebab pil kuda.

hebat tul pil kuda nie
 
area pantai timur, pil kuda mudah didapati...bila banyak kes rogol, bunuh apa semua..nanti ada orang pulak tak percaya minta sumber mana cakap kes2 camtu tinggi di sana
 
Dadah dan jenayah tidak dapat dipisahkan.
 
Back
Top
Log in Register