BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak perlu datang N Sembilan, Zahid mahu Sanusi balik Kedah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tak perlu datang N Sembilan, Zahid mahu Sanusi balik Kedah​

bfdbd9c6-01d6-418d-aa77-23cd91d07099-zahid-hamidi-fmt-250726.jpg

Pengerusi BN Zahid Hamidi menegur Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor supaya memahami kemajmukan rakyat Malaysia adalah perkara sudah ditentukan Allah.

Zahid, yang juga presiden Umno, turut menzahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini membayangkan orang Cina dan India di Malaysia masih mempunyai ‘negara asal masing-masing’

“Dan kalau boleh, sehingga Sabtu nanti, kita masih ada enam hari lagi. Saya fikir lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada urusan mentadbir negeri Kedah.

“Tidak perlulah datang ke Negeri Sembilan. Biarlah kami menguruskan negeri ini dengan cara kami sendiri,” katanya pada sidang medianya selepas menghadiri program Salam Agrikomoditi Madani di Dataran Melang Kuala Pilah.

Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”

Zahid ketika mengulas lanjut, menasihatkan Sanusi tidak perlu menyentuh soal etnik, agama, budaya atau latar belakang kaum lain di negara ini, jika berhasrat memperlihatkan penyatuan dalam kalangan umat.

“Saya yakin kemajmukan rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang adalah satu sunnatullah yang telah ditentukan.”

Malam tadi, Presiden MIC SA Vigneswaran mengecam kenyataan Sanusi dan menyeru BN mengkaji semula pakatan pilihan raya dengan PN, termasuk mempertimbangkan bertanding solo pada PRN akan datang.

P Punithan, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang merupakan komponen PN, turut menolak kenyataan Sanusi sambil berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang dianggapnya sebagai tanah air.
 
Bab ni saya setuju dengan Wak Zahid.....Sanusi dah melebih dalam naratif politik perkauman.....dia kena insaf bahawa, bukan tok wan dia yang benarkan kaum cina dang india jadi warganegara di sini.....dan dia kena jugak cakna yang dia bukan pemilik mutlak negara ni.......sangat tak sesuai sanusi ungkit benda yang bukan dalam kawalan dia.....lebih baik dia fokus di negeri kedah dan cara bagaimana nak mengkedahkan Kedahan......lagi baik daripada ungkit cerita macam ni......SG4 pun banyak isu sempadan kan....hehehehe
 
Back
Top
Log in Register