balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUANTAN- “Saya tidak mencuri dan tidak lari pun,” jelas seorang lelaki mempertahankan dirinya bagi menafikan tuduhan mencuri sembilan paket gula-gula berubat, Strepsil bernilai RM30.61 dalam sebuah pasar raya di sini, tahun lalu.
Bagaimana pun penafian yang dilakukan tertuduh, Rossuhaimi Abdul Razak, 46 dari Kampung Belukar, Jalan Gambang di sini ketika mahkamah meminta dia merayu terhadap jumlah jaminan yang ditawarkan ditegur Majistret Jesseca Diamis.
Tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu diminta membela dirinya semasa perbicaraan kelak.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri gula-gula tersebut kira-kira jam 8.45 malam, dalam sebuah pasar raya besar di Tanah Putih di sini 5 Mei tahun lalu.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda.
Ekoran pengakuan tidak bersalahnya itu, tertuduh ditawarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin bagaimana pun jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 selepas dia membuat rayuan.
Dalam rayuannya tertuduh merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan memandangkan dia tidak bekerja dan mempunyai isteri serta empat anak.
Mahkamah menetapkan 11 April depan sebagai tarikh sebutan kes tersebut untuk tertuduh melantik peguam bagi mewakili kesnya dalam perbicaraan yang akan ditetapkan kelak.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari.
Sementara itu dalam mahkamah berasingan, seorang buruh dipenjara tiga minggu selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pakaian dalam pasar raya sama di sini, 10 Mac lalu.
Tertuduh, Hadjiula Manan, 30 dari Bukit Setongkol di sini didakwa mencuri lima helai pakaian kanak-kanak, lima helai pakaian dewasa dan sehelai jeans dengan nilai keseluruhan RM288.89 milik pasar raya di Tanah Putih itu kira-kira jam 9.30 malam.
Cubaan bapa kepada tiga anak itu gagal apabila perbuatannya disedari pengawal keselamatan selepas ternampak dia memasukkan pakaian yang dicuri ke dalam sebuah beg dan keluar tanpa membayarnya.
Tertuduh ditahan untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan.
Dia dihadapkan ke mahkamah itu semalam mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah.
Bagaimana pun sebelum itu dia merayu di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali agar hukuman diringankan kerana dia mempunyai anak dan bergantung hidup dengan pendapatan RM600 sebulan sebagai buruh.
Pendakwaan kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/tak-mengaku-curi-strepsil-1.139427