BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taib Mahmud kini bergelar Tun

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
51391667883_295x200.jpg

GELARAN TUN: Tan Sri Abdul Taib Mahmud dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.), yang membawa gelaran Tun.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.

Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.

Beliau memegang jawatan itu selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri perhubungan dan kerja raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai menteri pembangunan dan perhutanan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/taib-mahmud-kini-bergelar-tun-36573?cp
 
kalau jadi tun ni , kebal x dari tindakan undang undang?


.
 
Murah rezeki dan tidak boleh kena saman sivil. Kes jenayah sahaja boleh kena tangkap.

Jadi terlepaslah dia semua kes sebelum ini kalau orang nak saman.
 
panda sungguh org politik lepaskan diri dari hukuman dunia........
 
'sungguh maju' Sarawak dibawah pemerintahan beliau....:)):)):))
 
hebatnya Tun..

Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud

1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.

2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud

3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.

4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.

5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.

6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching
 
makin murah rezeki lepas tak jd KM
 
Back
Top
Log in Register