BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taib Mahmud bersara bulan ini?

hasremi

Active Member
Messages
1,416
Joined
Mar 11, 2013
Messages
1,416
Reaction score
46
Points
30
52f1e7ad06e2a2476200006a.jpg


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian.

Selain melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 33 tahun lalu, Abdul Taib juga dijangka bersara daripada politik.

laporan itu menyebut, Abdul Taib akan memaklumkan keputusan itu pada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sabtu ini.

Mesyuarat khas bersama semua Ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak akan diadakan Ahad ini.

Ketika kempen pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib telah menyatakan hasrat berundur diri dan menyifatkan pilihan raya itu merupakan yang terakhir baginya.

Beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan Ketua Menteri Sarawak kelima antaranya Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Selain itu, nama Datuk Seri Effendi Norwawi juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Abdul Taib.

Abdul Taib mula menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada usia 27 tahun dan sudah 50 tahun bergiat cergas dalam politik.

Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas beberapa kali merancang & berhasrat untuk letak jawatan sejak tahun tahun 90 an lagi, akhirnya Taib Mahmud letak jawatan bulan ini bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak yang dikuasainya sejak 33 tahun dahulu.

http://www.astroawani.com/news/show/taib-mahmud-bersara-bulan-ini-29499
Lama bukan? Sehinggakan…..

Sehinggakan ramai yang mengangkat Tan Sri Taib Mahmud sebagai figura dan pemimpin politik yang cukup berkuasa, dan juga dianggap antara individu yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan & kemewahan yang terkumpul semenjak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak berdasarkan bukti-bukti & dakwaan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu.

Malah ada yang merasakan Taib Mahmud cukup “kebal” dengan undang-undang dan tindakan pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Apa respon balas anda mendengar Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak? Harapan anda?
:)cgrock:)cgrock

UPDATE:

Shahnaz-Majid-syariah-divorce-mahmud-taib-270813-TMI-Afif_540_360_100.jpg


Aset anak Taib Mahmud bernilai RM1.4 bilion, dedah akauntan berdaftar

Aset Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dipercayai bernilai di antara RM976 juta dan RM1.395 bilion, kata akuantan bertauliah kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Andrew Heng yang merupakan akauntan yang diupah Shahnaz Majid bagi menyiasat kekayaan dan status kewangan bekas suaminya, memberitahu bahawa ini termasuk jumlah saham di 49 syarikat di Malaysia di mana antaranya melibatkan ladang kelapa sawit di Sarawak, hartanah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur serta koleksi kereta mewah.

Selepas Heng memberikan keterangan, peguam kepada anak ketua menteri Sarawak itu, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memohon tempoh selama dua bulan bagi akauntan anak guamnya untuk mengkaji semula laporan tersebut sebelum membuat pertanyaan balas kepada Heng.

Peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, bagaimanapun membantah permintaan tersebut dengan berkata pendedahan mengenai aset tersebut tidak sepatutnya mengejutkan beliau (defendan).

"Ia adalah aset yang dibuat berdasarkan laporan kewangan syarikat beliau (Mahmud Abu Bekir) sendiri," katanya.

Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab kemudiannya menetapkan sesi soal jawab Heng oleh pihak defendan pada 14 April depan. – 5 Februari, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/...ernilai-rm1.4-bilion-dedah-akauntan-berdaftar

 
Last edited:
Alhamdulillah.. harap2 beliau tak turunkan saka beliau kepada pengganti beliau nanti..
 
lepas letak jawatan boleh la mula siasat harta
 
makesure KM baru bkn anak didik taib mahmud :D
 
Back
Top
Log in Register