BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Tahukah anda..Mancis Cap Lada!

uncleazrich

Super Active Member
Messages
5,329
Joined
Sep 7, 2009
Messages
5,329
Reaction score
145
Points
73
12321275_1090057757724174_8852186518811655965_n.jpg


8252_1090057787724171_1449779616455409469_n.jpg


10404148_1090057804390836_7242547971410426367_n.jpg


Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (84 tahun)

Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Walaupun mendapat saingan yang sengit daripada pemetik api moden, Mancis Cap Lada tetap bertahan sehingga ke hari ini.

Dalam dialek Kelantan , mancis juga dikenali sebagai 'gesek'...


:)cgrock
 
legen ni... mak aku masih beli dan guna lagi mancis cap lada ni untuk bakar sampah. suruh cucuh guna lighter taknak plak, takut meletup katanya :)):)):))
 
kalau 80,000kotak sehari

skrg sekotak rm0.20

katakan kilang tolak kedai rm0.05x80000ktk=rm40,000 sehari

sebulan 40,000x30hari=rm1.2juta

wow.bisnes 20sen jutawan
 
Mancis lejen...diorg xde produk lain ke slain mancis?... Pemetik api ke, xpon jenis mcm zippo ke, xpon survival punya mancis ke... Diorg xnak try ke.
 
sini tak panggil mancis.
dipanggil gesek.

pemetik api dipanggil meceh.
 
Back
Top
Log in Register