hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
Siapa yang tidak kenal Usop, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor 24 yang pernah viral dalam program terbitan TV3 Mentor Milenia 2017. Anak kelahiran Kedah itu telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati Nur Fatihah Md Hashim 25, pada Khamis 4 November 2021.
Ditanya tentang bibit awal perkenalan, penyanyi Selamanya itu berkata dia mengenali Nur Fatihah di acara majlis Rumah terbuka sekitar tahun 2019
“Dia cantik dan tinggi orangnya, saya meminta instagram dengan niat sekadar berkawan. Saya tidak sangka hubungan kami menjadi serius sehingga mengikat tali pertunangan. Dia banyak menyokong saya ketika susah dan senang, saya mengenalinya ketika saya tidak punya kereta dan dia banyak mengubah penampilan saya,"katanya kepada MStar
Menurut Nur Fatihah pula, kejujuran dan keberanian Usop menyebabkan hatinya terbuka menerima bekas naib juara Mentor Milenia itu.
“Dia baik dan jujur serta tidak mudah mengalah, keberanian berjumpa orang tua menyebabkan saya hormat dia walaupun dia lebih muda dari saya".
Nur Fatihah merupakan model sambilan dan merupakan anak mami kelahiran Pulau Pinang
Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada bulan februari tahun depan. Menurut Usop beliau ingin mempercepatkan tarikh pernikahan tetapi atas komitmen kerjanya yang sibuk menyebabkan beliau memilih tarikh tahun depan.
Menurut kata orang tua, Cinta itu bukan pada rupa kerana hati itu milik sang pencipta, dan semoga usop dapat mengharungi tempoh pertunangan kerana darah manis pasti banyak dugaannya. Tahniah Usop-Cari