Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Syukur selepas diduga
KUALA LUMPUR: “Walaupun terpaksa menjalani ibadat puasa berseorangan dan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi di wad hospital, ia tetap bermakna buat saya apabila kedua-dua anak selamat menjalani pembedahan pemisahan, malah keadaan kesihatan mereka kini beransur pulih.
“Syukur selepas diduga sebegini, Allah memberi sinar baru kepada kami sekeluarga lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini,” kata bapa kembar siam berusia 15 bulan, Muaiman dan Muaimin, Azli Sabran, 40.
Azli yang juga mempunyai dua anak perempuan berumur dua tahun dan sebulan berkata, dia menggalas tugas menjaga pasangan kembar itu di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas isterinya, Nazilah Abdullah, 38, yang baru melahirkan anak bongsu mereka bulan lalu berpantang di rumah mentuanya di Felda Pemanis 2, Johor.
“Persiapan Aidilfitri tahun ini pula ala kadar memandangkan saya berada di sini dan isteri pula berada di kampung untuk berpantang. Aidilfitri sebelum ini pun, kami menyambutnya secara sederhana kerana kesempitan hidup.
“Tambahan pula kini saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka berdua yang memerlukan rawatan susulan selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun tidak membataskan kami menyambutnya dengan penuh kesyukuran,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik HKL, semalam.
Terdahulu, Azli menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Tabung Kebajikan Felda.
Beliau ditemani isterinya Datin Noraini Sulaiman yang turut menyumbangkan peralatan penyusuan untuk keluarga Azli.
Keluarga kembar siam itu mendapat perhatian ramai apabila media melaporkan kejayaan pembedahan pemisahan bersejarah oleh sepasukan 59 pakar, doktor dan jururawat diketuai Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr Zakaria Zahari, 14 Julai lalu.
Muaiman dan Muaimin dilahirkan bercantum di pinggul serta berkongsi tiga kaki dan satu kemaluan dipisahkan melalui pembedahan menggunakan teknik pemisahan sistem saluran kencing dan kemaluan pertama dilaporkan di dunia hingga membolehkan kembar siam berkenaan kini memiliki saluran kencing dan kemaluan masing-masing seperti manusia normal.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syukurselepasdiduga/Article/index_html