BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah boleh dipercayai?

Assalam. Wbt.

:unsure:
https://www.facebook.com/share/v/1D4wEpof7W/

Ucapan terakhir pemuda Sunni Iran sebelum digantung mati

Ini adalah Shahram, seorang pemuda Sunni dari Iran, yang telah dijatuhi hukuman "gantung". Beliau salah seorang mangsa penindasan yang terus menimpa minoriti Sunni di Iran. Dalam kata-kata terakhirnya sebelum dihukum gantung, beliau mendedahkan bagaimana proses perbicaraannya dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman.

Shahram menceritakan bahawa dirinya dituduh atas tuduhan berat seperti "mengancam keselamatan negara" dan "muharabeh" atau peperangan terhadap Allah. Tuduhan ini di bawah undang-undang Iran biasanya diberikan kepada mereka yang menggunakan senjata untuk mencetuskan kekacauan dan ketakutan di kalangan rakyat.

Namun, Shahram dengan penuh kesedihan menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyentuh walaupun sebilah pisau, apatah lagi mengancam keselamatan orang lain. Malah, peguam lantikannya sendiri berhujah bahawa tuduhan tersebut tidak berasas kerana beliau tidak pernah melakukan sebarang tindakan ganas.

Tetapi sistem tidak memberi ruang untuk suara Shahram didengari.
"Bila saya nak cakap untuk pertahankan diri saya, mereka suruh saya diam," katanya dengan nada sedih. Kata-kata Shahram ini bukan sekadar luahan peribadi; ia adalah gambaran realiti yang dihadapi ramai minoriti Sunni di Iran yang sering menjadi mangsa diskriminasi sistemik. Mereka sering dituduh tanpa bukti yang kukuh, diadili tanpa proses yang adil, dan dihukum dengan kejam semata-mata kerana identiti agama mereka.

Semoga Allah mencurahkan rahmatnya atas arwah Shahram dan mengangkat keadilan untuk komuniti Sunni di Iran
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain

šŸ¤”

https://www.facebook.com/share/1A5NEm4bWz/

Menjawab drama murahan Syiah

Konon nak berkongsi pengalaman, tapi sebenarnya ini hanyalah drama murahan yang penuh penipuan. Dari mula sampai habis, konon nak jelas ini luahan neutral seorang sunni, tapi hakikatnya propaganda murahan seorang syiah yang cuba berselindung di sebalik topeng "pengembara mencari kebenaran".

Saya kenal siapa penulis ini masa saya dalam syiah lagi. Dia pernah balas komen saya tahun lepas dengan nada yang sama: kononnya dia pergi Iran, tak nampak pun diskriminasi terhadap Sunni. Tapi bila saya jawab seperti hujah dia bahawa saya pun pernah ke Iran, malah saya bekas Syiah dan pernah belajar 5 tahun di Iran, terus dia delete komen dia dan lari. Mungkin dia faham, drama yang dia jaja tak akan laku pada orang macam saya. Tak sangka hari ini saya baca semula drama ni.

Konon dengan melancong sehari dua, singgah Najaf dan Karbala, terus nak buat kesimpulan besar bahawa semua cerita pasal Syiah itu fitnah dangkal? Lawak cap ayam. Saya yang duduk lima tahun di Iran, bukan bercuti, tahu sangat betapa dalamnya diskriminasi terhadap Sunni terutamanya di Iran. Tapi saya diam, tutup mulut, sebab saya cuba lagi nak bersangka baik terhadap pemerintah syiah Iran.

Setakat melancong dua tiga hari, realiti yang dia nampak tu hanya kosmetik yang indah. Mari duduk di kelas syiah saya, di Qhom Iran, lihat betapa pekatnya ucapan laknat kepada sahabat dan isteri Nabi. Kalau dia ada dalam kelas tu pun, dia tetap okay, sebab "laknat" kepada tokoh ini adalah ibadah bagi syiah. Jadi apa nak hairan kalau dorang ni pandai berlakon.

Dan bab "tak ada orang tanya kau mazhab" tu, memang lumrah lah. Siapa nak soal pelancong yang singgah rukuk sujud? Saya pun bawa pelancong kat sana, orang syiah sana layan kemain mesra. Tapi cuba berdakwah terang-terangan kat sana. Tak payah cakap sunni, syiah tulus seperti Ayatullah Borqei yang melawan bidaah syiah pun dituduh wahabi dan dibunuh, ini kan pula sunni.

Kalau betul nak cerita pengalaman, dengar lah dari orang yang lima tahun di Iran dan pernah terlibat dalan aktivisme Syiah di Malaysia, bukan pengalaman selfie dua tiga hari di Karbala sambil buat konklusi tahap budak tadika. Pencerahan palsu macam ni kalau jual kat Disneyland pun tak laku.

Sungguh, tulisan ni tak lebih dari sekadar propaganda murahan. Berselindung di balik bahasa lembut, pura-pura mencari kebenaran, padahal penuh agenda menipu orang awam. Semoga dibuka hati penulis ni dan pembaca yang tertipu untuk terus mencari kebenaran
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain

šŸ¤”

https://www.facebook.com/share/1AABN6jDKj/

Saya lama dah tak menulis kat FB. Rasa dah 5 hari kot. Sibuk sikit urus bisnes cincin, siang malam ada je customer, packing barang, resize cincin, semua buat sendiri.

Tapi dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga curi masa baca untuk diri sendiri. Baca buku, baca isu semasa dunia. Cuma nak duduk diam tulis panjang sikit tu, tak sempat.

Tapi buku yang saya baru ni baca, rasa rugi kalau tak tulis. Tajuknya Ų®Ų§Ų·Ų±Ų§ŲŖ Ų§Ų³ŲŖŲ§ŲÆ Ų¹Ł„ŪŒ ŲŖŁ‡Ų±Ų§Ł†ŪŒ ā€œKenangan Ali Tehraniā€. Buku bukan buku novel, tapi buku penuh luka. Luka dari seorang ulama besar, yang dulunya berdiri sama tinggi dengan tokoh-tokoh Revolusi Islam Iran.

Ali Tehrani ni pernah sokong Imam Khomeini. Pernah jadi suara lantang melawan Raja Shah. Tapi akhirnya, dia dipenjara 7 tahun oleh kerajaan pasca-revolusi bukan sebab salah, tapi sebab berbeza pendapat.

Dia kata"Revolusi ni, dari menjanjikan keadilan, akhirnya jadi kerajaan penipu, kerajaan ganas, kerajaan tamak kuasa, yang menghancurkan rakyat dan paling parah lagi memusuhi Islam yang sebenar."

Ali Tehrani tak simpan dalam hati. Dia tulis semua dalam buku ni. Dia kritik Khomeini yang sanggup panjangkan perang Iran-Iraq walaupun umat Islam mati sia-sia. Dia kecewa bila Ayatollah Montazeri disingkirkan dari jawatan pengganti Khomeini sebagai Ketua Negara.

Dia terus terang kata Khamenei tak layak jadi pemimpin tertinggi sebab tak cukup ilmu, tak cukup karisma, cuma cukup ā€œkabelā€. Akibat kritikan pedas ni, dia dipenjarakan dan dihalau. Tapi dia tetap menulis.
Siapa yang hari ini masih agung-agungkan Iran sebagai negara Islam contoh, maaf cakap, kau tertipu. Kau dungu.

Sebab orang dalam sistem tu sendiri, yang pernah bersama-sama pimpin revolusi, yang pernah berjuang jatuhkan Shah, yang pernah angkat Khomeini, merekalah orang pertama yang kini lawan sistem tu balik.

Ali Tehrani ni antara tokoh awal yang dah nampak betapa agama telah diperkuda demi kuasa.
Dan dia tulis semuanya. Hitam putih. Rugi siapa yang tak baca buku ni sebab buku ni macam rahsia mahal yang sembunyikan sisi gelap sebuah rejim yang bertopengkan agama.

Yang dari luar nampak indah, tapi dalamnya penuh pengkhianatan dan manipulasi. Dan yang lebih sayang lagi, buku ni dalam bahasa Farsi. Tak ramai yang boleh baca. Tapi kalau korang faham farsi, dapat. Hadam lah kerana kebenaran ni, tak selalu ada depan muka, kadang dia terperuk dalam buku macam ni yang ditulis oleh orang yang dibuang.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain

šŸ¤”

https://www.facebook.com/share/1DY7wpGS5S/

Screenshot_20250525_143730.jpg
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain

šŸ¤”

https://www.facebook.com/share/16mS9YgJBN/

Berkokok soal Mekah, tapi jadi bapak ayam di Iran

Qasemian ni contoh paling bangang dari golongan alim syiah yang berlagak suci tapi sebenarnya najis bergelumang dalam hidup dia. Dia orang kuat Khamenei(Ketua Negara Iran). Dalam satu video yang dibuat di Mekkah, dia cakap yang Mekah dan Madinah sekarang dah ada rumah pelacuran dan tempat minum arak.

Aku ni bukan pro Saudi sangat. Tapi tu tak menghalang aku dari melihat realiti. Kalau alim syiah ni tuduh Riyadh atau Jeddah, benarkan arak, seks bebas, boleh lagi kita faham, sebab sana ada unsur liberal, ada konsert, festival, dan pembaharuan sosial. Tapi dia tuduh Mekah?

Yang sebenarnya takde asas langsung, seolah olah dua kota suci tu takda maruah. Bukan sekali dua dia buat kenyataan provokatif terhadal Saudi. Dalam video sebelum ni, dia pernah cakap akan ke Mekah dan Madinah untuk ā€œmenaklukā€ dua kota suci tu dari tangan sunni

Hubungan Iran dengan Saudi baru je pulih tahun 2023 lepas bertahun-tahun tegang hasil usaha China. Tapi si Qasemian ni, dalam masa beberapa minit je, boleh nak hancurkan semua tu dengan video bodoh disebabkan dendam dia terhadap Sunni lebih dalam dari maruah negara sendiri.

Lepas ucapan dia viral, kerajaan Saudi pun tangkap dia. 26 mei lepas keluar berita rasmi dari kerajaan Saudi sendiri, menyatakan takda arak dijual di negaranya.

Yang kelakarnya, lepas dia ditangkap, viral pulak video dia dari Iran yang tunjuk rumah mutaah yang diketuai oleh dia. Tempat akad ā€˜nikah sejam dua’ untuk siapa-siapa nak ā€˜melepaskan hajat’. Dalam video tu, dengan muka tak malunya semasa diwawancara oleh wartawan, dia menuju ke rumah mutaah tu.

Mulut bukan main suci konon nak bersihkan Mekah, tapi tangan dan nafsu sendiri kotorkan bumi Iran dengan tempat zina berlesen.
Qasemian ni, salah satu simbol kemunafikan syiah yang hidup atas kebencian terhadap Sunni dan suka angkat diri sendiri macam wali.

Hakikatnya, dia hanya lidah syaitan yang berselindung di sebalik serban dan mempromosikan seks bebas yang dia lawan. Rakyat Iran hari ini makin berani meluah benci terhadap agama buatan ni. Ramai yang tinggalkan fahaman Syiah kerana dah muak dengan kehipokritan orang-orang agama macam Qasemian
 
Back
Top
Log in Register