akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,721
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,721
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Baru tahu orang Islam tak boleh masuk rumah hantu, Bekas Mufti WP perjelas hukumnya
Orang Islam tidak digalakkan memasuki rumah hantu dan sebaik-baiknya tidak menganjurkan aktiviti rumah hantu.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, penganjuran program sebegitu berkemungkinan boleh mencederakan diri, merosakkan mental, memburukkan imaginasi seseorang dan mengakibatkan jiwa seseorang menjadi lemah.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh menimbulkan rasa takut dalam diri hingga menyebabkan waswas dan membayangkan ilusi-ilusi palsu apabila berada di tempat gelap atau ketika berseorangan.
“Akhirnya ia boleh mendorong berlakunya masalah histeria dan kerasukan jin.
“Justeru, apa jua anjuran aktiviti seperti rumah hantu dan seumpamanya boleh membawa mudarat besar kepada diri, sedangkan antara tujuan pensyariatan Islam itu sendiri adalah menjaga diri dan jiwa, memelihara akal dan menjauhkan daripada sebarang perkara yang boleh memudaratkannya,” katanya.
Dr Zulkifli menegaskan, hukum menganjurkan dan memasuki rumah hantu adalah tidak dibolehkan kerana ia memudaratkan dan bertentangan dengan hukum syarak.
Ia juga selari dengan fatwa yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 25 Oktober 2007 yang mana dinyatakan bahawa umat Islam tidak seharusnya dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada kemudaratan (dalam syariat Islam) dan tidak boleh menyebabkan kemudaratan (tanpa hak).” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Selain itu, terdapat larangan jelas daripada menakut-nakutkan orang Islam, memeranjatkan dan menyebabkan ketakutan dalam diri orang lain.
Perkara itu jelas dinyatakan berdasarkan hadis daripada Abdul Rahman bin Abi Layla bahawa beberapa sahabat Rasulullah SAW meriwayatkan: “Para sahabat Nabi Muhammad SAW bermusafir bersama Baginda. Salah seorang daripada mereka tertidur, lalu ada sebahagian sahabat yang mengambil dan menarik tali yang ada bersamanya sehingga orang yang tidur itu terkejut.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi seseorang Muslim membuatkan Muslim yang lain terkejut.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Sekalipun seseorang itu sekadar bergurau sahaja, perbuatan menakut-nakutkan itu dilarang sama sekali.
Dalam kitab Syarh Sunan Abi Dawud, Imam Ibnu Ruslan menyebut, larangan itu juga termasuk ke atas setiap mereka yang membuatkan Muslim lain terkejut atau takut, sama ada seseorang itu berada di tempat gelap atau dalam keadaan lalai.
Dalam pada itu beliau berpesan agar umat Islam tidak membudayakan penganjuran rumah hantu seperti itu dan tidak menyokong mereka yang menganjurkan aktiviti sedemikian dengan memasukinya.
“Ingatlah, ALLAH SWT menyatakan dengan jelas bahawa syaitan ialah musuh kita. Maka tidak wajar untuk kita takut terhadap musuh tersebut.
“Alangkah baiknya jika kita dapat mencari sesuatu yang lebih mendatangkan manfaat kepada diri dan mengembangkan akal fikiran.
“Sebaiknya, gantilah hiburan yang melalaikan dengan perkara lebih berfaedah. Nescaya ALLAH SWT akan menggantikan keseronokan hiburan yang kita tinggalkan itu dengan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat dengan izin-NYA,” ungkapnya.