Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain
https://www.facebook.com/share/1AABN6jDKj/
Saya lama dah tak menulis kat FB. Rasa dah 5 hari kot. Sibuk sikit urus bisnes cincin, siang malam ada je customer, packing barang, resize cincin, semua buat sendiri.
Tapi dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga curi masa baca untuk diri sendiri. Baca buku, baca isu semasa dunia. Cuma nak duduk diam tulis panjang sikit tu, tak sempat.
Tapi buku yang saya baru ni baca, rasa rugi kalau tak tulis. Tajuknya Ų®Ų§Ų·Ų±Ų§ŲŖ Ų§Ų³ŲŖŲ§ŲÆ Ų¹ŁŪ ŲŖŁŲ±Ų§ŁŪ āKenangan Ali Tehraniā. Buku bukan buku novel, tapi buku penuh luka. Luka dari seorang ulama besar, yang dulunya berdiri sama tinggi dengan tokoh-tokoh Revolusi Islam Iran.
Ali Tehrani ni pernah sokong Imam Khomeini. Pernah jadi suara lantang melawan Raja Shah. Tapi akhirnya, dia dipenjara 7 tahun oleh kerajaan pasca-revolusi bukan sebab salah, tapi sebab berbeza pendapat.
Dia kata"Revolusi ni, dari menjanjikan keadilan, akhirnya jadi kerajaan penipu, kerajaan ganas, kerajaan tamak kuasa, yang menghancurkan rakyat dan paling parah lagi memusuhi Islam yang sebenar."
Ali Tehrani tak simpan dalam hati. Dia tulis semua dalam buku ni. Dia kritik Khomeini yang sanggup panjangkan perang Iran-Iraq walaupun umat Islam mati sia-sia. Dia kecewa bila Ayatollah Montazeri disingkirkan dari jawatan pengganti Khomeini sebagai Ketua Negara.
Dia terus terang kata Khamenei tak layak jadi pemimpin tertinggi sebab tak cukup ilmu, tak cukup karisma, cuma cukup ākabelā. Akibat kritikan pedas ni, dia dipenjarakan dan dihalau. Tapi dia tetap menulis.
Siapa yang hari ini masih agung-agungkan Iran sebagai negara Islam contoh, maaf cakap, kau tertipu. Kau dungu.
Sebab orang dalam sistem tu sendiri, yang pernah bersama-sama pimpin revolusi, yang pernah berjuang jatuhkan Shah, yang pernah angkat Khomeini, merekalah orang pertama yang kini lawan sistem tu balik.
Ali Tehrani ni antara tokoh awal yang dah nampak betapa agama telah diperkuda demi kuasa.
Dan dia tulis semuanya. Hitam putih. Rugi siapa yang tak baca buku ni sebab buku ni macam rahsia mahal yang sembunyikan sisi gelap sebuah rejim yang bertopengkan agama.
Yang dari luar nampak indah, tapi dalamnya penuh pengkhianatan dan manipulasi. Dan yang lebih sayang lagi, buku ni dalam bahasa Farsi. Tak ramai yang boleh baca. Tapi kalau korang faham farsi, dapat. Hadam lah kerana kebenaran ni, tak selalu ada depan muka, kadang dia terperuk dalam buku macam ni yang ditulis oleh orang yang dibuang.