Perumpamaannya lebih kurang macam ni, dalam sebuah negara mengamalkan hukum hudud, seorang pencuri tertangkap penduduk kampung, pencuri dibelasah cukup2 sebelum dihantar kpd penguatkuasa. Tiba2 si pencuri meninggal. Sebelum tu Ali (bukan nama sebenar) ingin menghalang orang kampung dari terus membelasah apa yg Ali dapat hanya tuduhan rambang bersubahat dengan pencuri paling kurang dituduh menyokong pencuri.
Sebaliknya orang kampung lupa kesilapan menghukum pencuri tadi tanpa melalui penguasa boleh dikenakan hukuman takzir.
Senario politik kita juga menghadapi perkara yg lebih kurang sama, apabila PM buat salah dikeji, buat yg betul pun dikeji dan apabila PM difitnah pengundi atas pagar tak berani bersuara kerana takut dituduh penyokong PM. Sedangkan golongan atas pagar itu wujud, selain daripada pro pembangkang dan dan pro kerajaan. Golongan atas pagar takut menyuarakan kebenaran kerana bimbang dituduh penyokong PM.Pembenci yg taksub juga membawa masalah kerana boleh jadi penghalang kepada kebenaran. Apa yg benar tetap benar, yg salah tetap salah.