BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
545616_609649059060707_1444638924_n.jpg

Wahai pemuda Islam , ingin aku seru sehingga anda mengerti bahwa perjuangan kita menyempurnakan kefahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri.

Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya “Sehingga Para PEMUDA Mengerti” sangat menarik untuk di fahami kita terutamanya dalam soal politik. Beliau menyebut :

“Setiap orang Islam yang berpandangan tidak mahu masuk campur dalam urusan politik adalah di antara dua golongan ;
Sama ada dia tidak memahami Islam,
Ataupun dia adalah seorang bacul dan pengecut.

Kalaulah kita mengikuti pandangan tidak mahu masuk campur urusan politik, kita akan menjadi generasi negatif, dikalahkan, tersilap, tersisih, pengecut, lemah dan mutawakil (malas berusaha).. membiarkan dunia kepada manusia perosak yang akan berterusan menghancurkan, menyebarkan KEZALIMAN di dalam Negara (terhadap rakyat sendiri), mengHALALkan segala perkara dan menafikan kewujudan Tuhan !.. “

Sheikh Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut lagi :
“Adapun jika kamu yang mewajibkan ke atas dirimu dan orang yang mengikuti kamu agar tidak terlibat dalam bidang politik umum bersama orang Islam yang lain, MEREKA TELAH BERDOSA SEBANYAK DUA KALI :

Kali pertama kerana tidak menyertai dan tidak berkerja untuk kerja-kerja politik (memenangkan Islam)
Kali kedua kerana mereka telah menghalang orang lain menyertai dan bekerja untuk melangsaikan kewajipan mereka.”
Namun di sana , terdapat sebahagian orang Islam masa kini yang berkata “ Kami sekarang berada pada zaman Makki (sebelum Nabi berhijrah-belum ada Negara Islam)”. Maksud mereka sekarang peringkat pembentukan dan penyucian, bukannya peringkat peperangan dan penentangan. Kita aman saja macam ini.
“Maka tidak perlulah kami terlibat dengan politik memandangkan kami masih di peringkat pembentukan”.

Pendapat ini adalah batil dan tertolak sebanyak dua kali:
1)Pada gambaran mereka yang silap terhadap zaman Makki
2)Pada gambaran mereka yang silap terhadap Islam itu sendiri.


Saya Cuma akan jawab yang satu , kalau mereka yang mendakwa zaman Makki itu zaman pembentukan dan penyucian, bukannya zaman penentangan dan perlawanan ternyata itu sangat silap.
Seseorang yang mengikuti sejarah Rasulullah s.a.w dan sahabat r.anhum pada zaman makki, akan mendapati bahawa sekeras-keras peringkat penentangan pemikiran dan akidah adalah pada zaman tersebut !

Kalau bukan begitu. Kenapa Nabi yang tercinta terdedah kepada penyakitan ? Kenapa Bilal, Ammar , Yasir , Suhaib, Sumayyah di seksa ?! Mengapa Nabi dan orang-orang yang bersamanya berhijrah ke Madinah ?!

Pendek cerita , kerana Jihad Politik . Wahai pemuda Islam , anda sudah mengerti atau tidak lagi tentang salah faham ini?

Saudara kamu dalam Islam,
Al-faqir Ibnu Fathani Original
Jumaat yang Indah
 
Back
Top
Log in Register