BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syed saddiq bising kerajaan guna duit KWSP

sir_hepi

Active Member
Messages
2,136
Joined
Nov 30, 2018
Messages
2,136
Reaction score
509
Points
81
Duit KWSP adalah duit simpanan Rakyat sendiri.

Memang lah 'sedap' dalam jangka masa pendek, tetapi takkan lah tidak terfikir akan impak jangka masa yang panjang kepada Rakyat?

Saya tolak penggunaan KWSP sebagai janji PRU.

Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

1667829996967.png



Peratusan penyimpanan KWSP adalah pada kadar yang sangat membimbangkan.

Sebelum ini pihak KWSP mendedahkan sebanyak 52% ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM 10,000 dan 27% daripada mereka pula hanya mempunyai RM 1,000.

Data ini adalah selepas pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran one-off daripada akaun KWSP sejak pandemik lalu.

Dari pengeluaran i-Lestari, i-Sinar hinggalah ke i-Citra.

Sedangkan pihak KWSP sendiri mengakui untuk bersara dalam tempoh 20-30 tahun, rakyat memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM 900,000 ke RM 1 juta.

Semakin banyak pengeluaran yang dibuat, semakin bertambah tahun yang diperlukan untuk mereka ini bekerja bagi untuk duit persaraan mereka.

Ini belum lagi kita consider faktor seperti beberapa subsidi makanan ditarik balik, kos bahan mentah yang melonjak tinggi, kadar OPR yang setiap 2-3 bulan dinaikkan.

Pendek kata, semua benda naik tapi gaji sahaja yang tak naik-naik.

Disebabkan ini lah, saya konsisten daripada dahulu yang pengeluaran KWSP ini bukan lah bantuan daripada kerajaan.

Apa yang membimbangkan lagi ialah apabila ada pihak yang menggunakan duit simpanan Rakyat sebagai gula-gula pilihanraya.

Duit KWSP ini adalah duit kita sendiri.

Duit hasil titik peluh Rakyat yang bekerja untuk menampung diri dan keluarga.

Mana-mana pihak yang menggunakan duit simpanan KWSP sebagai gula-gula memang tidak berfikir jangka masa panjang.

Mereka hanya akan berjaya melepaskan diri daripada tangani dan selesaikan isu pokok dan gunakan jalan pintas dengan membenarkan pengeluaran KWSP tanpa sebarang plan yang konklusif untuk bantu rakyat.

Memang lah 'sedap' dalam jangka masa pendek, tetapi takkan lah tidak terfikir akan impak jangka masa yang panjang kepada Rakyat?

Saya tolak sekeras-kerasnya penggunaan duit KWSP sebagai janji pilihanraya.

Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
 
Sapa yg nk perlu... keluar. Sapa yg xperlu.. simpan. Xpaksa pun.. duit masing2. Xkaco duit hg pun sigaraga
 
Manifesto pertimbang pengeluaran KWSP, Muhyiddin terima kritikan

FMT ReportersNovember 8, 2022 11:49 AM

Pada Ogos, Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah berkata, hampir RM145 bilion telah dikeluarkan pencarum menerusi skim pengeluaran KWSP terdahulu.
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menerima kritikan selepas menyatakan hasrat mempertimbangkan pengenalan sekali lagi skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jika gabungan itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, jumlah simpanan KWSP pencarum sudah susut susulan pelbagai skim pengeluaran yang diperkenalkan sejak dua tahun lepas.

Santiago mendakwa Muhyiddin calon perdana menteri yang “jahil”, sambil menambah skim pengeluaran KWSP terdahulu memaksa ramai pencarum berdepan “kemiskinan pada usia tua”.

“Mereka terpaksa bekerja tambahan tujuh tahun untuk menampung kerugian atau hidup dalam kemiskinan.

“Ditambah peningkatan kos sara hidup, bagaimana mereka hendak menampung kehidupan apabila dana persaraan sudah tiada?” soal ahli DAP itu dalam siri ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berpendirian bahawa pengeluaran KWSP bukan suatu bentuk bantuan kerajaan kerana pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Muar itu, berkata menawarkan wang pencarum KWSP sebagai “gula-gula pilihan raya” ialah tindakan tidak bertanggungjawab dan memberi kesan negatif buat pencarum bagi tempoh panjang.

“Saya menentang keras ikrar pilihan raya seperti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ketika melancarkan manifesto PN pada Ahad, Muhyiddin berkata, PN akan mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran KWSP memandangkan ramai yang memintanya.

Katanya, ia akan dilaksanakan secara bersasar dan mengambil kira sama ada pencarum mempunyai dana mencukupi bagi persaraan mereka.

Pada Ogos, Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah berkata, hampir RM145 bilion dikeluarkan pencarum dalam skim pengeluaran KWSP sebelum ini.

Tambahnya, simpanan pencarum KWSP berada pada tahap yang rendah dan “sangat membimbangkan”.
 
Back
Top
Log in Register