TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 18 Mei - Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kini dalam usaha menambah baik perkhidmatannya dengan menjalankan program kerukan udara bagi mengekalkan kualiti air yang diagihkan kepada pengguna
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SYABAS, Amin Lin Abdullah, dalam kenyataan hari ini, berkata program itu melibatkan udara termampat melalui pili bomba bagi menanggalkan endapan yang terlekat pada bahagian dalam paip utama
Katanya, penggunaan kaedah teknologi inovatif udara termampat itu mampu menjimatkan air berbanding dengan kaedah semburan air ke dalam paip yang digunakan sebelum ini
"Usaha ini akan dijalankan secara berterusan demi memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan ke premis pengguna mematuhi standard Kementerian Kesihatan
"Sehingga kini, 7,135 lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah dikenal pasti bagi menjalani program kerukan udara manakala program yang sama sudah dijalankan di sepanjang 8,410 kilometer paip utama," katanya
Amin Lin berkata pengguna di kawasan terlibat akan dimaklumkan lebih awal melalui notis mengenai gangguan bekalan air selama tujuh jam semasa pelaksanaan kerja-kerja pengerukan udara
Katanya, notis itu akan disiarkan melalui aplikasi telefon bimbit "mysyabas' dan laman web www.mysyabas.com.my