BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suu Kyi dihukum lagi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
YANGON - Sebuah mahkamah Myanmar semalam mendapati pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi melanggar peraturan perintah tahanan rumah setelah membenarkan seorang warga Amerika Syarikat (AS) tinggal di rumahnya.

Kerajaan junta memerintahkan Suu Kyi menjalani perintah tahanan rumah selama 18 bulan lagi.

Hukuman itu sekali gus melenyapkan peluangnya untuk bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun hadapan.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang berumur 64 tahun itu sebelum ini sudah menjalani perintah tahanan rumah selama 14 tahun daripada 20 tahun hukuman tersebut.

Rakyat AS itu, John Yettaw dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.

Lima minit selepas penghakiman dibacakan, Menteri Dalam Negeri Myanmar, Mejar Jeneral Maung Oo memasuki mahkamah sebelum membacakan perintah khas daripada Ketua Junta, Jeneral Kanan Than Shwe yang mengurangkan hukuman itu kepada separuh serta membenarkan Suu Kyi menjalaninya di rumah.

Junta berkata, perintah itu adalah untuk memastikan keamanan dan kestabilan kerana bapa Suu Kyi, Aung San ialah hero yang membawa kepada kemerdekaan Myanmar daripada penjajahan Britain. - AP
 
Back
Top
Log in Register