kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap seorang peniaga Rosmaini Abd Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya Jahidah Nordin @ Sylvester, 48, yang ketika kejadian itu mengandung, sehingga berada dalam koma lima tahun lepas.
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya yang ketika kejadian itu mengandung, sehingga berada dalam koma lima tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid juga memerintahkan Rosmaini Abd Raof membayar ganti rugi RM25,000 kepada mangsa melalui wakil keluarga wanita berkenaan, atau berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian.
Mahkamah menolak rayuan Rosmaini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapatinya bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 48, dan membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menaikkan hukuman daripada 10 kepada 14 tahun penjara iaitu hukuman maksima di bawah Seksyen 325 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Rosmaini, 43, diperintah menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Lelaki terbabit sebelum ini dilepas dengan ikat jamin RM25,000 sementara menunggu rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Jahidah, seorang bekas pegawai penguat kuasa Perhilitan, di sebuah apartment di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru pada 6 pagi, 4 Mei 2021.
Ketika menyampaikan keputusan, Hakim Noorin berkata mahkamah mendapati hukuman penjara 10 tahun tidak mencukupi dalam kes tersebut kerana kesan kecederaan dialami mangsa adalah setara dengan kemusnahan kehidupan secara keseluruhan.
Beliau berkata mangsa kini hidup pada nyawa tanpa keupayaan untuk berfungsi sebagai seorang manusia secara bermakna.
Hakim Noorin berkata kes itu wajar dikenakan hukuman maksima dengan mengambil kira tahap keganasan melampau, kesan kekal dan dahsyat terhadap mangsa, keadaan mangsa sedang mengandung ketika itu, kesan kepada anak dilahirkan selain kepentingan awam bagi membanteras keganasan rumah tangga.
“Fakta kes menunjukkan satu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isterinya yang ketika itu sedang mengandung. Tahap keganasan yang dilakukan adalah amat serius sehingga menyebabkan mangsa dalam keadaan vegetatif kekal sehingga ke hari ini,” katanya.
Cederakan Bekas Isteri: Rosmaini Dihukum Penjara Maksima 14 Tahun
Mahkamah Rayuan, ganti rugi, penjara, bekas isteri