BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Suspek (Wanted) Dikehendaki Polis.

353054-353054.jpg


π™Šπ™π˜Όπ™‰π™‚ π˜Ώπ™„π™†π™€π™ƒπ™€π™‰π˜Ώπ˜Όπ™†π™„ π™…π˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™„π™ˆπ™„π™‚π™π™€π™Žπ™€π™‰ π™ˆπ˜Όπ™‡π˜Όπ™”π™Žπ™„π˜Ό

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat individu tersebut bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohd Husni Ridzuan Bin Mat Idin, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Sumber JIM
 
14134669049077029-358089.jpg

14134669049077029-358090.jpg

14134669049077029-358091.jpg

14134669049077029-358092.jpg


Polis lancar gerakan buru penghuni PUSPEN Bukit Chabang larikan diri

Padang Besar: Polis memburu penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, di sini, yang melarikan diri semalam.

Kehilangan penghuni lelaki berkenaan disedari petang semalam sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sekitar jam 12.07 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, kehilangan penghuni berkenaan dikesan kira-kira jam 4.15 petang semalam apabila pihak PUSPEN mendapati berlaku kekurangan seorang penghuni.



Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya melancarkan Op Tutup dengan menggerakkan kekuatan seramai dua pegawai dan 22 anggota polis.

"Tiga sekatan jalan raya strategik dilakukan di sekitar daerah Padang Besar bagi memperketat kawalan, menghalang pergerakan individu terbabit serta memastikan keselamatan awam.


Kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan berkaitan kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan serta Seksyen 224 Kanun Keseksaan berhubung tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang.
 
363082-363082.jpg


ORANG YANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan yang dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen TPPI Mohd Helmi bin Rani di Unit Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Setia Tropika, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor di talian 07- 2338400 pada waktu pejabat.

#imigresen
#jim
#PERKASA
#kdnmadani
#MalaysiaMadani
#JIMJohor
#KeselamatanTanggungjawabBersama

©️ 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR
 
373282-373282.jpg


POLIS LUNDU MINTA KERJASAMA ORANG RAMAI KESAN JULI MANGKOK

LUNDU, 16 FEBRUARI – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek kes bunuh, Juli Mangkok, yang masih bebas sejak Khamis lalu.

Suspek berusia 33 tahun itu kini disenaraikan sebagai individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang buruh lelaki berumur 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjaya menjejaki suspek.

β€œSuspek berketinggian 1.74 meter, berkulit sawo matang, berambut pendek hitam dan mempunyai tahi lalat di pipi sebelah kiri.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM di Kuching, pagi tadi, dan memaklumkan bahawa maklumat suspek telah dikongsi dengan semua ibu pejabat polis daerah di seluruh negeri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menyalurkannya ke balai polis terdekat.

Pada awal pagi Khamis minggu lalu, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dengan kesan bengkak pada bahagian mata dan pipi serta darah kering keluar dari hidung.

Polis percaya mangsa sebelum itu mengadakan perjumpaan sosial bersama rakan sekerja di sebuah rumah sewa di daerah terbabit sebelum berlaku pertengkaran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dikin

#beritartmsarawak
#rtmsarawaknews
#madanibekerja #bersamaMalaysiaku #rancakkanmadani
#PDRM
 
14172532534467237-374500.jpg

14172532534467237-374501.jpg

14172532534467237-374502.jpg

14172532534467237-374503.jpg

14172532534467237-374504.jpg

14172532534467237-374505.jpg

14172532534467237-374506.jpg

14172532534467237-374507.jpg


KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERKENAAN ORANG DIKEHENDAKI (WANTED PERSON) JABATAN SIASATAN JENAYAH POLIS KUALA LUMPUR.

Kredit ➑️ Polis KL
 
385138-385138.jpg


π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘πˆ π€π‹π€πŒ

*ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN*

Sumber ipd Seri Alam
 
414360-414360.jpg


𝗒π—₯π—”π—‘π—š π——π—œπ—žπ—˜π—›π—˜π—‘π——π—”π—žπ—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ— π—œπ—šπ—₯π—˜π—¦π—˜π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat beberapa individu bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mazlan Bin Saaizan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

#OrangDikehendakiJIM
#IMImalaysia
 
14300228337076501-419707.jpg

14300228337076501-419708.jpg

14300228337076501-419709.jpg

14300228337076501-419710.jpg

14300228337076501-419711.jpg

14300228337076501-419712.jpg

14300228337076501-419713.jpg

14300228337076501-419714.jpg

14300228337076501-419715.jpg

14300228337076501-419716.jpg


𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π
𝐏𝐄𝐑: ππ€π“πˆ πŒπ„π‹π€π‘πˆπŠπ€π πƒπˆπ‘πˆ πƒπ€π‘πˆ πƒπ„ππŽ πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡

Dimaklumkan bahawa seramai 10 orang PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) telah melarikan diri dari Depo Imigresen Tanah Merah.

Pecahan kewarganegaraan:
1. 7 orang – Warga Thailand
2. 1 orang – Warga Indonesia
3. 1 orang – Warga Bangladesh
4. 1 orang – Rohingya
Jumlah keseluruhan: 10 orang PATI.

IDENTITI / MAKLUMAT TERAKHIR
1. Pakaian: Kesemua PATI dipercayai memakai pakaian berwarna hijau terang (baju Depo Imigresen) seperti dalam gambar rujukan.
2. Ciri fizikal: Kesemuanya dilaporkan berkepala botak.
3. Lokasi terakhir: Bukit Tebu.
4. Nombor pada pakaian: Terdapat nombor pengenalan yang dicetak pada pakaian tahanan, antaranya 18101 dan 18802, seperti yang kelihatan dalam gambar rujukan.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan keberadaan PATI tersebut, sila hubungi:
DCC Tanah Merah

πŸ“ž 099556222 (IPD Tanah Merah)
πŸ“ž 099556223 (Balai Polis Tanah Merah)
πŸ“ž 011-2955 5518 (DCC) (Whatsapp)

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri dan menyerahkan urusan kepada pihak berkuasa.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Kredit ➑️ Polis Kontinjen Kelantan
 
Back
Top
Log in Register