hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis buru suspek kes pukul seorang wanita
KLANG: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang wanita dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner, S Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu, jam 4.35 petang, semalam.
"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.30 tengah malam hari yang sama dan membabitkan seorang wanita tempatan yang dipukul seorang lelaki.
"Motif awal siasatan mendapati ia berpunca daripada perasaan cemburu suspek terhadap mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan dengan individu lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan di talian 03-3291 2222 atau balai polis berhampiran.
Artike