kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor
Seorang suri rumah kerugian RM66,805 selepas ditipu sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 37 tahun menerima panggilan telefon pada 30 Nov daripada suspek yang menyamar sebagai wakil platform e-dagang popular.
“Suspek menghantar bekas minuman kepada mangsa pada 5 Dis sebagai hadiah dan menawarkan kerja sebagai penilai produk syarikat berkenaan.
“Mangsa yang bersetuju dimasukkan ke kumpulan Telegram dan diberikan tugas memberi ulasan produk, namun perlu membayar untuk menerima tugasan sebelum mendapat pulangan wang serta keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa membuat enam bayaran dari 8 hingga 10 Dis namun tidak menerima pulangan wang atau keuntungan sehingga semalam.
Susulan itu, mangsa membuat laporan pada 11 pagi semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Suri Rumah Rugi Lebih RM60,000 Ditipu Sindiket Kerja Sambilan
tipu, sindiket, polis, suri rumah, e-dagang