BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah ditipu rakan Facebook

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
10ntcomment1_1570787039.jpg

Terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali di Facebook, seorang suri rumah di sini kerugian RM60,428 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam. - Foto hiasan












TEMERLOH: Terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali di Facebook, seorang suri rumah di sini kerugian RM60,428 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam.

Pada April lalu, mangsa berusia 48 tahun itu mula berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Mohammad Hassan dan kononnya menetap di Scotland.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek mendakwa ada menghantar barangan berupa pakaian, dokumen dan wang berjumlah US$50,000 (RM209,224) di dalam sebuah beg.

Namun, suspek mendakwa beg berkenaan ditahan di Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mempunyai masalah dengan wang berkenaan.

“Suspek meminta mangsa membuat bayaran supaya beg berkenaan dapat melepasi pemeriksaan kastam berkenaan.

“Pada 24 April lalu hingga 14 September, mangsa membuat lebih 20 kali pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,428.

“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa belum menerima beg berisi wang berkenaan dan gagal menghubungi rakannya itu. Dia yang menyedari ditipu sindiket terbabit kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah memperdaya mangsa dalam urusan penghantaran peti berisi wang sehingga memaksa wanita itu memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/616546/suri-rumah-ditipu-rakan-facebook
 
Adoila xphm nape la dorg ni bole senang2 kena tipu camni?dah byk kot kes2 camni yg dah viral xkanla xtau.Dahla tu kenalpun kat alam maya jer jumpa pun blom.
 
ada lagi yg tertipu dgn sindikit mcm ni ..sblm dia buat keputusan nak bank in tu, tak refer laki@kengkawan dulu ke..

lepas ni pasti ada yg lain pulak terkena ..
 
ibu tunggal ke

klu ibu tunggal xmungkin suri rumah

bini org ke ni
 
Jenis duduk umah xde koje layan facebook mengeletis.
 
10ntcomment1_1570787039.jpg

Terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali di Facebook, seorang suri rumah di sini kerugian RM60,428 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam. - Foto hiasan












TEMERLOH: Terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali di Facebook, seorang suri rumah di sini kerugian RM60,428 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam.

Pada April lalu, mangsa berusia 48 tahun itu mula berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Mohammad Hassan dan kononnya menetap di Scotland.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek mendakwa ada menghantar barangan berupa pakaian, dokumen dan wang berjumlah US$50,000 (RM209,224) di dalam sebuah beg.

Namun, suspek mendakwa beg berkenaan ditahan di Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mempunyai masalah dengan wang berkenaan.

“Suspek meminta mangsa membuat bayaran supaya beg berkenaan dapat melepasi pemeriksaan kastam berkenaan.

“Pada 24 April lalu hingga 14 September, mangsa membuat lebih 20 kali pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,428.

“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa belum menerima beg berisi wang berkenaan dan gagal menghubungi rakannya itu. Dia yang menyedari ditipu sindiket terbabit kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah memperdaya mangsa dalam urusan penghantaran peti berisi wang sehingga memaksa wanita itu memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/616546/suri-rumah-ditipu-rakan-facebook

surirumah..kawan jantan dok skokland glmaour ooiii...

padan muka kena tipu..
 
Back
Top
Log in Register