BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surface Duo 2 Akan Di Lengkapi Cip Mercu, Elak Kesilapan Lalu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft Surface Duo dilancarkan tahun lalu dan secara automatik menjadi peranti paling mengecewakan dihasilkan kerana gagal memenuhi janji. Ia sekadar menggunakan Snapdragon 855 sedangkan peranti mercu lain menggunakan Snapdragon 865. Kameranya juga tidak setanding peranti mercu lain serta bingkai kacanya rapuh. Tahu ini Surface Duo 2 akan menggunakan spesifikasi lebih baik bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali.

Microsoft-Surface-Duo-Leak-B-950x779.jpg.webp

Menurut laporan Windows Central, Surface Duo 2 telahpun dibangunkan menggunakan nama kod Codenamed Zeta. Cip Snapdragon 888 yang berkuasa dan kamera yang lebih baik. Microsoft akan mengekalkan rekaan dwi-skrin dan bukan skrin boleh lipat seperti Galaxy Fold. Peranti ini mungkin akan dilancarkan sekitar September dan mungkin tahun ini akan ditawarkan terus ke pasaran global.
 
Microsoft Surface Duo 2 Di Lancarkan - Skrin Lebih Besar, 90Hz & Snapdragon 888

Bagi yang terlupa, Microsoft ada mengeluarkan sebuah peranti yang mengkhususkan produktiviti menerusi Surface Duo. Kini, ia menerima penggantinya, iaitu Surface Duo 2. Microsoft nampaknya tidak mahu mengalah lagi dalam penawaran Surface Duo di mana kali ini peranti terbaru itu tampil dengan spesifikasi yang menjanjikan.

Surface Duo 2 hadir dengan cip Snapdragon 888, konfigurasi memori 8GB RAM dengan storan sehingga 512GB, Android 11, NFC serta sokongan rangkaian 5G. Pada generasi kedua ini juga, ia dilengkapi paparan lebih besar, iaitu dwi-skrin 5.8 inci AMOLED beresolusi 2688x1892 (apabila dibuka kedua-duanya), kadar segar semula 90Hz, kecerahan 800 nits, 100% sRGB dan HDR.

Selain itu, kamera hadapannya adalah 12MP. Sementara kamera belakang pula menempatkan 12MP utama, 12MP telefoto dan 16MP ultra lebar. Antara lainnya seperti pengimbas cap jari, sokongan Surface Pen, Surface Slim Pen, Surface Hub 2 Pen, USB C serta pembesar suara stereo dengan aptx dan aptx HD. Harga jualannya adalah bermula pada USD1499 (~RM6287) dan tersedia buat pasaran Amerika Syarikat, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Kanada.
1632560705673.png

1632560713190.png
 
Microsoft Surface Duo 2 Akan Terima Sokongan Kemaskini Selama 3 Tahun Sahaja

Berita baik bagi mereka yang ingin membeli Microsoft Surface Duo 2sekiranya ia dilancarkan di Malaysia kelak. Menerusi kenyataan yang diberikan kepada Android Authority, Microsoft mengesahkan telefon boleh-lipat ini akan diberikan sokongan sistem operasi dan tampalan sekuriti selama tiga tahun. Ini ialah janji yang sama seperti yang diberikan kepada Surface Duo.

Walaupun janji ini adalah baik tetapi Mcirosoft tidak begitu pantas dalam memberikan kemas kini pada peranti mereka. Contoh terbaik Surface Duo hanya akan menerima kemas kini Android 11 pada bulan Disember ini sedangkan pada waktu tersebut peranti Android 12 seperti Pixel 6 sudahpun dilancarkan. Pada waktu yang sama sokongan hanya sekadar tiga tahun ini mengecewakan sedangkan Google, Samsung, Xiaomi, Oppo, Nokia dan OnePlus memberikan sokongan selama empat tahun.

Diharapkan isu lambat memberikan kemas kini ini dapat diselesaikan segera kerana sebagai peranti mercu premium yang dijual pada harga lebih RM7000, kemas kini yang lambat tidak bole dimaafkan lagi.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/microsoft-surface-duo-2-updates-3029698/
 
Back
Top
Log in Register