BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surau umpama dilanda ribut

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
image.jpg


image.jpg

SEREMBAN - Sebaik sahaja azan Zohor berkumandang, hati berdetik untuk menunaikan solat terlebih dahulu, sebelum meneruskan perancangan untuk menonton wayang pada jam 3 petang, di Terminal 2, Era Square Mall Seremban

Kaki terus melangkah mencari papan tanda surau, tetapi tidak kelihatan sehinggalah sampai ke penghujung ruang di tingkat 1, sebelum terlihat notis menunjukkan arah surau, yang berada di penghujung bangunan dan dalam keadaan suram

Hati penulis mula terdetik jika wanita berjalan seorang diri, pasti akan terdedah dengan bahaya

Namun, perjalanan tetap diteruskan, kaki mula bergerak laju menuju ke arah surau

Bagi pengunjung kali pertama, pasti akan terkejut melihat keadaan surau yang dianggap tempat suci bagi umat Islam untuk menunaikan solat, tetapi berada dalam keadaan sungguh daif

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, mata tertumpu kepada rekahan dan longgokkan mozek yang pecah di pintu utama

Kemudian cuba pula menjengah surau bahagian lelaki yang sedia terbuka, dan amat memeranjatkan apabila hampir kesemua lantai mozek dalam bilik surau itu juga sudah rosak serta tercabut


Mozek tercabut, bersepah di ruang solat

Sinar Harian kemudiannya membuat tinjauan dalam kalangan pengunjung pasaraya itu, yang terpaksa menggunakan ruang solat sedia ada untuk menunaikan sembahyang

Bagi Kamal Ali, 43, dia telah menggunakan surau itu sejak tahun lalu dan sehingga kini masih berada dalam keadaan yang sama

“Saya memang selalu datang ke Terminal 2 untuk hantar barang dan setiap kali datang mesti akan solat dulu di surau ini

“Kadang-kadang datang bawa anak tengok wayang, tetapi mereka tak nak sembahyang kat surau ni, sanggup bawa kereta pergi masjid negeri sebab tak selesa dengan keadaan surau di sini,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat zohor di surau Terminal 2, di sini semalam

Tambah Kamal, pihak pengurusan sepatutnya sensitif dengan keadaan surau ini, umpama dilanda ribut taufan apabila banyak mozek tercabut dan bersepah di ruang solat


Tidak dibaiki sejak dua tahun lalu

Katanya, lebih menyedihkan apabila solat berjemaah tidak dapat dilakukan dalam keadaan yang selesa berikutan banyak mozek yang terkeluar

“Bayangkan dalam tempoh hampir dua tahun ini pihak pengurusan tidak membuat sebarang pembaikan, hanya meletakkan tanda amaran saja tanpa membaikinya

“Saya berani cakap ini sebab saya telah menggunakan surau ini sejak awal tahun 2015 sehingga sekarang, sebab tiada pilihan dan ini sahaja yang paling dekat,” katanya

Dalam pada itu, Fendi Basri, 32, ketika ditemui berkata, ini adalah kali pertama dia datang ke Terminal 2 dan menggunakan surau tersebut

Katanya, persepsi pertama terhadap tempat ini adalah sangat mengecewakan apabila ruang solat tidak dijaga dengan sempurna sehingga menyusahkan pengguna Islam yang lain


Tiga paip rosak

Di bahagian surau wanita lain pula ceritanya, walaupun tiada sebarang mozek tercabut, namun daripada empat paip air yang tersedia, hanya satu sahaja yang boleh digunakan, selebihnya sudah rosak

Menurut Farawahida Faisal, 24, dia datang ke Terminal 2 ini untuk menonton wayang bersama kawan dan singgah bersolat di surau ini sementara menunggu waktu tayangan bermula

Katanya, mereka terpaksa menunggu giliran untuk mengambil wudhu disebabkan hanya satu sahaja paip yang berfungsi

“Masa bersolat yang sepatutnya boleh selesai 10 minit, jadi panjang hanya kerana kami terpaksa beratur panjang untuk mengambil wudhu

"Saya berharap pihak pengurusan dapat meneliti perkara tersebut dan memperbaikinya dalam kadar segera," katanya

Sementara itu, usaha Sinar Harian ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan tidak berjaya kerana mereka enggan memberi kerjasama, selain tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu berkenaan
 
kengkadang bila tgk shopping yang dipunyai oleh bangsa asing suraunya lebih bersih berbanding dimiliki oleh melayu...
 
kalo xde mozek.lantai simen lapik tikar getah pn xpe,lg jimat kot huhu
 
Memang nak kena viral dulu baru nak buat kerja.....pastikan sampai ke pengetahuan ketua agama negeri.....Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan.
 
Back
Top
Log in Register