BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sungai-sungai utama Eropah kian mengering

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Sungai-sungai utama Eropah kian mengering​

3611149.webp

Kawasan dasar sungai mula kelihatan akibat penyusutan paras air di Sungai Loire, Perancis.

BERLIN - Sungai Rhine mencatatkan penyusutan paras air ke tahap terendah dalam sejarah di beberapa lokasi di Jerman dan Belanda apabila gelombang haba berterusan melanda Eropah.

Bacaan paras air di Cologne dan Lobith sepanjang minggu lalu menunjukkan penurunan ketara berbanding catatan terdahulu.

Beberapa sungai utama Eropah yang menjadi nadi kepada sektor pengangkutan, industri dan pertanian turut terjejas termasuk Sungai Danube yang mengalir merentasi 10 negara serta Sungai Po di Itali.

Menurut Pusat Pemantauan Kemarau Kesatuan Eropah (EU), keadaan kemarau kekal kritikal di kebanyakan kawasan Eropah dan semakin buruk di bahagian tengah serta barat rantau itu sejak pertengahan Julai.

Gelombang haba ekstrem dijangka berterusan untuk kira-kira seminggu lagi dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius di beberapa negara Eropah Tengah dan Selatan.

Sistem Maklumat Paras Air Rendah Jerman (NIWIS) memaklumkan bahawa sebanyak 44 peratus stesen pengukuran di Sungai Rhine dan 78 peratus stesen di Sungai Danube merekodkan penurunan paras air yang ketara.

Rhine yang bermula di Banjaran Alps Switzerland dan mengalir ke Laut Utara merupakan salah satu laluan air paling sibuk di Eropah. Penurunan paras air secara mendadak telah menimbulkan kebimbangan terhadap kesan ekonomi akibat keperluan mengehadkan pelayaran dan aktiviti perkapalan.

Pada minggu lalu, paras air Sungai Danube turut jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 30 tahun di beberapa negara termasuk Serbia dan Romania hingga memaksa Hungary menutup satu-satunya loji kuasa nuklear miliknya.

"Kami berharap ia dapat beroperasi semula secepat mungkin selain mengharapkan hujan yang dapat meredakan cuaca panas dan kemarau teruk ini," kata Perdana Menteri, Peter Magyar.

Kemarau di Sungai Danube telah menyebabkan gangguan serius terhadap bekalan elektrik di Serbia dan Romania.

Sungai Po turut mencatatkan paras air terendah dalam sejarah pada akhir Julai. Susulan ancaman itu, pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran kemarau di seluruh Lembah Po manakala pakar memberi amaran tentang kemungkinan gangguan terhadap bekalan air minuman.

Aliran yang semakin berkurangan di muara Po juga menyebabkan air masin dari laut memasuki dasar sungai, sekali gus mengganggu ekosistem dan menimbulkan masalah serius kepada petani yang bergantung kepada sumber tersebut untuk mengairi tanaman mereka.

Paras air tasik yang semakin susut akibat kemarau berpanjangan dikhuatiri menjejaskan ketersediaan sumber air tawar untuk kegunaan harian.

Perkhidmatan iklim Copernicus menyatakan bahawa kemarau pada 2022 menyumbang kepada peningkatan kebakaran hutan di Eropah yang menyebabkan pelepasan karbon melebihi paras purata.

Risiko sama kembali meningkat tahun ini susulan keadaan kering dan gelombang haba yang berterusan di rantau tersebut. - Agensi

 

KEMARAU | Sungai-Sungai Utama Di Eropah Semakin Mengering​

Fenomena cuaca panas dan kemarau melampau yang melanda Eropah sejak akhir Mei lalu telah mengakibatkan beberapa sungai utama di benua itu semakin mengering.

Keadaan sungai yang kering kontang ini bukan sahaja mengancam bekalan air bersih dan ekosistem hidupan liar malah turut menjejaskan laluan perkapalan komersial serta penjanaan kuasa hidro di serata Eropah.

 
Winter : colder and drier
Summer : hotter and drier

Kalau tak cukup minum air boleh mati
 
Back
Top
Log in Register