afique
Active Member
- Messages
- 1,298
- Joined
- Nov 6, 2007
- Messages
- 1,298
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Mengapa Islam Perlu Menang dan Memerintah
Di dalam surah Al-Fath ayat 1 - 3 merupakan asas utama yang perlu ada di dalam individu muslim supaya merasakan mengapa Islam itu perlu menang dan memerintah.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). (AL-Fath: 1-
Nabi Muhammad s.a.w. sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surat ini. Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Bukhari; "Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari". Kegembiraan Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah karena ayat-ayatnya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad s.a.w. dalam perjuangannya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.
Di dalam ayat di atas jelas tujuan Islam itu perlu memerintah supaya manusia mendapatkan keampunan dariNya dan disempurnakan nikmat disamping terus pada jalanNya serta mendapat pertolonganNya. Perkara inilah yang perlu ada dan diyakini di dalam diri setiap pejuang kebenaran.
Kalaulah tujuan Islam itu menang hanya untuk mencapai kesenangan dan keselesaan hidup, ia telah pun diberikan oleh golongan-golongan orang yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.
Antara faktor utama kita menentang pemerintah yang zalim disebabkan mereka tidak meletakkan Islam pada tempatnya. Mereka menghilangkan rasa ketuhanan di dalam diri masyarakat yang hanya menyembah taghut iaitu kesenangan dan keseronokan hidup. Sehinggakan masyarakat lupa kepada pencipta dan tenggelam dalam kemaksiatan.
Oleh itu marilah kita sama-sama memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah supaya kita tergolong di dalam orang-orang yang benar dan terus memperjuangkan Islam. Golongan-golongan beriman yang Allah janjikan kemenangan di dunia dan akhirat. Ameeeen..