Pemimpin Umno di bawah tolak fitnah.
Fitnah melalui Konspirasi ke 2 yang sekali lagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan meliwat telak ditolak bukan sahaja oleh orang biasa tetapi turut ditolak dikalangan Umno juga.
S.Muliadi Bin Sabtu, 32 tahun merupakan Naib ketua Pemuda Umno Cawangan telah dengan rela bertemu dengan penyelaras keADILan Rembau untuk membuat sidang media bersama menolak fitnah kali ini. Beliau yang telah memasuki Umno ketika menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah ketua bahagian Datuk Zul Hasnan Rafik dan kemudian pada tahun 2003 bertukar ke bahagian Rembau. No ahli 02684317
Beliau tegas menyatakan kekecewaan jika benar ini dirancang melalui konspirasi ke 2 jelas Umno tidak belajar dari sejarah 1998. Kerana konspirasi 1998lah parti kesayangan umat melayu hampir hancur. Jelas peristiwa 1998 ialah konspirasi, kepercayaan ini diperteguhkan lagi dengan penghakiman bertulis Kes Khalid Jafri, penulis buku 50 dalil yang di mana hakim telah menegaskan bahawa kewujudan buku itu mengesahkan kewujudan konspirasi jahat.
"Ketika itu, ahli Umno khususnya pemuda bersungguh - sungguh mempertahankan parti dari diserang. Kita pertahan parti kerana kita percaya pada masa itu tanpa Umno melayu akan terancam" katanya.
"Kerana peristiwa 1998 jugalah rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti kehamiman dan kehakiman".
Tegasnya lagi "Dan kini sekali lagi episod sama diulang tayang. Saya gusar ramai ahli Umno akan bosan dengan perkembangan ini dan mula letih untuk mempertahankan parti lagi. Jika benar Anwar hampir berjaya ambil alih kerajaan 'guna pintu belakang' yang mana saya juga tidak bersetuju, kita (Umno) seharusnya mempertingkatkan pembelaan terhadap rakyat untuk menyakinkan fakta bahawa kita bersama membela rakyat bukan dengan melakukan fitnah konspirasi seperti ini".
"saya hari ini bertemu dengan keADILan bersama beberapa teman ahli Umno (kepimpinan beberapa cawangan di bawah Umno Rembau) untuk mendapat penjelasan kedudukan sebenar. Ingin saya tegaskan sehingga kini saya masih ahli Umno yang setia. Apa yang saya tegaskan kerana saya sayangkan Umno dan ingin melihat Umno terus bermaruah" katanya menutup pertemuan.
wallahualam