BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumbat syabu dalam dubur!

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Sumbat syabu dalam dubur!

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin & Muhaamad Hafis Nawawi
A view of the sea
WARGA Malaysia yang diberkas pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Denpasar Bali, Indonesia kerana cuba menyeludup dadah melalui dubur.

Kuala Lumpur: Sanggup menahan kesakitan dengan menyumbat serta menjolok ketulan kondom berisi dadah syabu ke dalam dubur hingga sampai ke perut.

Itu antara seksaan dilalui seorang lelaki yang juga 'keldai dadah' dalam usaha menyeludup sejumlah syabu melalui penerbangan pesawat ke Indonesia.

Sumber berkata, suspek warga negara Malaysia itu bagaimanapun diberkas pihak berkuasa Indonesia sebaik tiba dengan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Denpasar Bali, Indonesia, baru-baru ini.


"Lelaki berusia 30-an dipercayai diupah jaringan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah methamphetamine (syabu).

"Hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak Badan Narkotika Nasional (BNN) Bali mengesan empat bungkusan syabu disembunyikan di dalam perut suspek.

"Suspek dikesan memasukkan dadah dibungkus terlebih dahulu di dalam kondom sebelum disumbat dan disorok di dalam lubang duburnya. Semua dadah syabu dirampas itu seberat 172 gram dan bernilai hampir RM178,000," katanya.

Dalam kes berasingan, dua lelaki warga Malaysia turut diberkas pihak berkuasa Indonesia ketika cuba menyeludup dadah syabu melalui lorong tikus di sempadan Sarawak-Sambas, Kalimantan Barat.

Suspek yang dikejar pihak berkuasa berjaya sebelum dikesan cuba menyeludup 15 bungkusan berisi dadah syabu seberat 15.7 kilogram.

Pada 31 Oktober lalu, seorang lagi warga Malaysia berusia 28 tahun diberkas pihak berkuasa sempadan di daerah Kapuas Hulu, Kalimantan, Indonesia sebelum dadah syabu seberat 20 kilogram berjaya dirampas.

Sebelum itu seorang warga Malaysia berusia 34 tahun turut ditahan pihak berkuasa Australia bersama tiga lagi lelaki lain selepas cuba menyeludup dadah syabu seberat 622 kilogram (kg) di Melbourne pada 11 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan, polis negara berkenaan menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet gulungan kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai A$560 juta (RM1.7 billion).

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki Malaysia berusia 22 tahun turut diberkas pihak berkuasa Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura selepas dikesan cuba menyeludup syabu seberat 4.7 kilogram.

Sebanyak 10 paket dadah yang disembunyikan di dalam kenderaan itu dianggarkan bernilai Dollar Singapura 331,400 (RM 1.128 juta).

Disiarkan pada: December 31, 2023 @ 6:40am
 
Back
Top
Log in Register