BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Ramai Sangat. Perlu ke?

ooo...tt adalah papabaik, dari golongan anti hadis... patutlah busuk hati...
 
dah setiap inci tanah negeri diorang tu sememangnya HAK MILIK diorang pun. Ko x suka Raja, ko keluar la dari negeri yg ada Raja tu. ko duduk kat negeri2 yg xder Raja cam Melaka or Sabah Sarawak...

sama cam ko ada sebidang tanah, HAK ko la nak wat per ngn tanah tu. Ko bagaikan Raja dlm tanah ko tu. Pendatang yg duduk kat tanah ko, bleh anggap diorang cam rakyat ko. Tertakluk ngn peraturang ko sbg Tuan Tanah. Pengawal yg jaga tanah ko, bleh dianggap cam tentera ko. Pejabat bleh kutip cukai tanah bleh dianggap sbg Parlimen yg mengawal penguasaan ko ke atas tanah tu. Sama cam Raja di bawah kawalan Raja Berpelembagaan.

Sedangkan Nabi pun xder nya nak auruh Raja tanah Arab yg memeluk Islam di tangan baginda turun takhta. Naper plak ko nak diorang bagi camtu je kekuasaan tanah diorang.

Tapi ya, Raja masih di bawah seorang Khalifah.

tt tu anti hadis, memang terkenal dengan busuk hatinya...buat apa layan...
 
perlu atau tak?
ia berkait dgn sejarah..
 
Aku masih tertanya..sumbangan para sultan ke arah kemerdekaan....sumbangan ke arah kejajahan ada la..

cth:

1.sultan kedah beri kebenaran kpd francis light utk jajah pulau pinang..sbnrnya telah di trick oleh francis light..

2. Long Jaafar minta bantuan inggeris di negeri perak..

ada lagi..la kot..tapi mungkin aku silap.
 
bagi aku la sultan ni asal2 tok moyang diorang cerdik sampai leh memerintah sesebuah negeri sehinggakan nsesebuah negeri milik dorg..mungkin dulu dorg sgt rajin..so kita sebagai rakyat sultan mesti membayar cukai..jadi bg aku xde masalah diorg nk idup mewah di atas cukai..sebagai perbandingan,kalau kita rajin cr duit n beli rumah banyak2 pastu wat sewa..bile penyewa rumah kita tu bayar duit kat kita,ikut suka kita la nak wat pe pun dengan duit tu..klo penyewa tu sibuk-sibuk nak persoal duit yang dorg bayar tu,kita leh lempang je diorang tu..hahaha..pendapat aku la..
 
Aku rasa mungkin aku kena maki hamun lagi dalam thread ni
macam thread "anti hadith", tapi aku terpaksa suarakan jugak aku
punya opinion.

Korang rasa perlu tak kita ada punya la banyak kesultanan..
setiap negeri ada sorang sultan, pastu dia punya kaum kerabat
punya la ramai.. pastu setiap sorang pulak kena bayar elaun/gaji
dari tabung kerajaan (duit rakyat).

Dah tu, setiap sultan2 ni pulak hidup amat mewah... tgk je le
bape bijik kete diorang ada.. bape besau rumah diorang ada.

padahal ramai giler rakyat duduk dalam rumah yg maha daif.
aku balik kampung sedih gile bila aku ronda2 bagi derma kat diorang.
atap bocor.. tingkap pun takde.. berlubang je.. org lalu nampak je sapa
dok tuka baju.

:((

Apsal takde sorang pun sultan2 ni adopt rakyat2 yg miskin ni...
sebulan bagi sorang 500 pun aku rasa dah cukup bersyukur
rakyat2 miskin ni. tak luak pun duit sultan2.. yg dah berapa juta/bilion
taktau la dalam bank diorang.

sedey **** dok kat malaysia bila pemerintah camni.
dah la govt pun kaki songlap.

:(



Walaupun saya tak bersetuju dengan kamu tentang topik Anti-Hadis kamu, tapi tentang ini, saya bersetuju. Pada pendapat saya, Malaysia tidak perlukan raja, kerana negara ini boleh berdiri tanpa raja. Tak perlu nak sembah-sembah raja, hanya Allah yg layak disembah, bukan manusia. Kalau zaman dahulu, raja diperlukan, kerana raja adalah pemimpin, tapi zaman ini, sudah ada kerajaan, ada Perdana Menteri, maka fungsi raja memimpin sudah tidak ada. Kalau nak kata raja ni lambang agama, dah tu apa gunanya JAKIM dan badan2 kehakiman Islam yg lain? Raja2 ini dijaga dengan menggunakan duit rakyat. Berapa juta dapat ke raja setiap tahun? Dan adakah dengan wang itu, raja-raja ini ada memberi makan-pakai golongan miskin, OKU, anak yatim piatu dan pelbagai pihak lagi yg perlukan bantuan? Sementara raja-raja ini makan hidangan yg sedap-sedap di istana setiap hari, ada bodyguard, ada kereta mewah, bayangkan pula sekeluarga orang miskin yg hanya mampu makan ikan kering setiap hari, rumah pun berlubang-lubang, anak-anak pun tak mampu ke sekolah. Jadi maaflah kalau saya katakan, saya sama sekali tidak menyokong sistem beraja, melainkan kalau sudah tiada kerajaan dan kita terpaksa kembali ke zaman feudal.

No offense.
 
ntah la ... susah nak ckp
 
bahaya thread ni
macam kita nak sembang bab agama la
kita kena khatam dulu ilmu tu

dalam soal ni
kita kena khatam dulu sejarah

food for thought
kalau raja2 melayu dulu tak perjuangkan tanah ni
mana mungkin tanah ni diberi nama tanah melayu?


yes kemewahan raja2 abad ni agak overrated
tapi tahukah bahawa raja2 kita sendiri tak mintak pon diberi semua ni?
tahukah betapa beratnya tugas menjadi raja?

oleh itu replylah secara berhemah kpd institusi diraja
sebab takut2 kamu menzalimi perjuangan mereka yg terdahulu
sekian
 
Tak payah susah-susah.
Baca sejarah perihal Malayan Union pun boleh tahu sifat Raja-Raja yang anda banggakan itu. :)

Raja ada di Malaysia ini sama sahaja. Kes ekonomi orang melayu, kes Namewee, dan lain-lain di mana Raja?

Hanya sekadar alat UMNO. Contohnya di Perak. :) Dan lintah yang menyedut berbillion-billion cukai. :)
 
jangan lupa ada sultan keturunan ahlul bait...
 
Back
Top
Log in Register