BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sulie Bawa Sluvi Ke Pentas Global

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,810
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,810
Reaction score
98
Points
80
5eed572976aef97aeef4f0d53b6ce6cb6982a2d136f5e

4128c3e36f45c65c0dad7f9a074e167f6982a2c24e2ad

Usahawan Sulie Lungkan Abell, 37, menunjukkan produk penjagaan kulit jenama Sluvi antaranya Toner Rosewater and Aloe, Lemon Coffee Body Scrub, Green Tea Face Mask, Rice Face Mask dan Borneo Loofah yang dijual pada harga RM25.

Pengalaman berdepan masalah ekzema kronik menjadi pencetus kejayaan seorang usahawan wanita berbangsa Iban dari Kampung Melugu, Sri Aman dalam mengangkat produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi ke peringkat antarabangsa.

Sulie Lungkan Abell, 37, pengasas Sluvi, jenama penjagaan kulit yang ditubuhkan pada 2018, berkata tujuan awal beliau menghasilkan produk tersebut sekadar untuk mencari penyelesaian terhadap masalah kulit sensitif dan ekzema dihidapinya.

Seiring masa, beliau berkata inisiatif itu berkembang menjadi perusahaan sosial yang turut berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan pendapatan komuniti petani tempatan, khususnya di Sarawak.

“Perjalanan jenama ini bermula sejak 2015 apabila saya mengalami ekzema kronik dan gagal dirawat menggunakan pelbagai produk komersial, termasuk jenama mahal dari luar negara.

“Ubat doktor membantu cuma untuk sementara dan tidak sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Saya dinasihatkan mencari alternatif iaitu produk berasaskan bahan semula jadi tetapi saya dapati banyak produk ‘natural’ di pasaran sebenarnya mengandungi bahan semula jadi yang minimum,” katanya kepada Bernama.

Berbekalkan penyelidikan sendiri melalui jurnal akademik dan sumber saintifik, Sulie mula bereksperimen menggunakan bahan semula jadi, termasuk tanaman daripada kebun miliknya hingga berjaya menemukan formula yang serasi dengan kulit sensitif.

“Hasilnya sangat berbeza, tiada kegatalan, iritasi atau pendarahan. Kulit saya semakin pulih dan perubahan itu disedari oleh keluarga serta rakan-rakan,” katanya sambil menambah maklum balas positif dan testimoni awal mendorong beliau mengkomersialkan formula tersebut demi membantu lebih ramai individu berdepan masalah kulit sama.

Lebih daripada sekadar produk penjagaan kulit, Sluvi dibangunkan sebagai perniagaan sosial yang menyokong rantaian bekalan tempatan.

 
Back
Top
Log in Register