BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SUKMA Sarawak 2024

Dhuha, Kelly Raih Emas Keenam Di Kolam Renang

23.08.2024 - Perenang Wilayah Persekutuan, Dhuha Zulfikry dan perenang Sarawak, Kelly Teo meneruskan rentak kemenangan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong Aquatics Centre di Petra Jaya, hari ini. Kedua-duanya memenangi emas keenam masing-masing, sekali gus menyaksikan mereka muncul perenang yang mengumpul emas terbanyak. Dhuha, 16, memulakan hari dengan memenangi acara 800 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan lapan minit 14.58 saat (s). Perenang Melaka, Anselm Lee di tempat kedua (8:37.28s) dan atlet Selangor, Jayden Goh (8:37.31s) memenangi gangsa.

"Pertama sekali, saya mahu meminta maaf kepada rakan sepasukan kerana mengecewakan mereka dalam acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti semalam. Saya agak berpuas hati dengan prestasi saya dan menjadi lebih baik lagi. Sasaran utama saya adalah layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 Olympics (LA28). Saya faham tekanan akan semakin meningkat selepas ini, tetapi saya yakin mental saya cukup kuat untuk menanganinya. Sasaran terdekat saya adalah medal di Sukan Sea di Thailand, tahun depan dan kemudian Sukan Asia di Jepun," kata remaja berkenaan selepas majlis penyampaian pingat.

Kelly pula memenangi acara 1,500m gaya bebas dengan catatan 17:56.21s. Perenang Sabah, Chu Xin Ying (18:10.61s) meraih perak manakala perenang Pulau Pinang, Yeoh Yun Xuan (18:19.76s) meraih gangsa. Kerajaan negeri Sarawak menjanjikan imbuhan RM15,000 bagi pemenang emas, RM5,000 untuk perak dan RM3,000 untuk gangsa. Hasil pungutan enam emas, satu perak dan dua gangsa, Kelly bakal membawa pulang insentif berjumlah RM94,250.

"Sebelum Sukma bermula, saya hanya menyasarkan tiga atau empat emas sahaja, jadi memenangi enam emas memang di luar jangkaan. Saya gembira meraih insentif terbanyak, saya boleh berbelanja untuk diri sendiri dan orang lain. Saya mahu belanja keluarga dan kawan rapat, beli kereta dan bakinya akan disimpan," kata atlet berusia 18 tahun itu.

Perenang Wilayah Persekutuan, Chong Xin Lin turut mencipta rekod temasya apabila mencatatkan 1:04.06s untuk memenangi acara 100m kuak lentang wanita. Dua mengatasi rekod dicatatkan Chan Kah Yan iaitu 1:05.31s pada 2012. Atlet Pulau Pinang, Vivian Tee (1:06.85s) menang perak manakala Kelly (1:07.38s) meraih gangsa. Atlet Pulau Pinang, Tong Yu memecahkan rekod dicatatkan Keith Lim iaitu 23.19s pada 2018, apabila merekodkan 23.06s untuk memenangi 50m gaya bebas wanita. Rakan sepasukannya, Chris Chew (23.32s) menang perak manakala perenang Wilayah Persekutuan, Yap Shun Min (23.80s) menang gangsa. Selangor turut memecahkan rekod sendiri dalam acara 4x100m rampaian dengan catatan 3:49.12s, mengatasi rekod pada 2016 iaitu 3:49.98s.
1724424676422.png
 
Penganjuran Sukma Sarawak Capai Objektif

26.08.2024 - Temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang melabuhkan tirainya kelmarin berjaya mencapai matlamat penganjuran dengan menyaksikan ramai atlet muda semakin mula menyerlahkan potensi dan kemampuan sebenar. Sebanyak tujuh rekod kebangsaan dan 21 catatan baharu kejohanan berjaya dipecahkan sekali gus menandakan perkembangan positif buat perkembangan sukan tanah air. Ucapan terima kasih buat Sarawak wajar diberikan atas usaha berterusan untuk menyediakan fasiliti terbaik membantu atlet-atlet muda membina nama dalam arena sukan negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya berbangga dalam melangsungkan Sukma 2024 dengan sempurna sekali gus menepati hasrat utama untuk melahirkan lebih ramai atlet cemerlang buat Malaysia.

“Anak-anak kita dari Perlis ke Sabah bersama dengan rakan kita dari Brunei berkampung di Sarawak, mereka sudah pamerkan semangat keakraban yang begitu tinggi. Hakikatnya semangat perpaduan anak muda begitu menyerlah dan mereka juga bersaing dengan semangat kesukanan tinggi. Ada dalam kalangan mereka mencipta rekod baharu, bagi pihak rakan-rakan di Sarawak saya ucap tahniah kepada seluruh atlet yang sudah berjaya pada Sukma kali ini. Saya percaya semangat kesukanan, perpaduan, dedikasi, disiplin tinggi akan beri masa depan cerah bukan saja kepada anak muda tetapi seluruh rakyat Malaysia.

1-2.jpg

“Sarawak sedia untuk bantu bangunkan sukan di seluruh negara. Sarawak sudah berikan khidmat terbaik, mudah-mudahan jadi tanda aras dalam kita mahu memupuk persaudaraan. Tidak ada yang sempurna tetapi kalau ada kekurangan, saya minta maaf. Keseluruhannya kita sudah berikan yang terbaik untuk anak-anak Malaysia,” katanya.

Melihat semula penganjuran bagi edisi kali ini, acara di kolam renang dan angkat berat menjadi dua pertandingan yang sering menghadirkan catatan baharu, malah turut mencuri perhatian pastinya membabitkan sukan olahraga yang merekodkan satu rekod kebangsaan. Paling mengujakan apabila saingan hari pertama acara olahraga sudah pun menghadirkan pencapaian luar biasa daripada atlet-atletmuda cemerlang melepasi had kelayakan ke Sukan SEA 2025 yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand pada Disember tahun depan. Mereka adalah ratu pecut Sukma kali ini, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal yang menjuarai acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m buat Selangor selain Jonah Chang Rigan (lontar peluru) dan atlet 20,000m jalan kaki, Khor Jing Hong apabila masing-masing menepati had kelayakan ditetapkan untuk layak secara merit. Kesemuanya menyerlahkan kemampuan tersendiri apabila mampu menepati syarat kelayakan iaitu menyamai catatan dilakukan atlet yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA edisi lepas di Kemboja.

2-2.jpg

Perenang Selangor, Andrew Goh yang diangkat sebagai Atlet Lelaki Terbaik Sukma 2024 juga mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk namanya diberikan lebih perhatian selepas ini memandangkan kuakan hebatnya berjaya menghadirkan dua rekod baharu kebangsaan. Tidak lupa juga permata baharu menembak negara dari Negeri Sembilan, Gan Chen Jie yang dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik pada edisi Sukma kali ini. Bagaimanapun, kesemua kontinjen harus kekal bekerja keras memandangkan masih lagi wujud dominasi besar dalam beberapa acara seperti yang dapat dilihat penguasaan ditunjukkan oleh Pahang dalam sukan menembak. Lebih manis apabila Sarawak selaku tuan rumah muncul juara edisi ini dengan 76 emas, 55 perak dan 70 gangsa menjadikan keseluruhan 201 pingat, berkelebihan satu pingat emas menewaskan Wilayah Persekutuan di tangga kedua (75 emas) dan Selangor di tempat ketiga (56 emas). Selepas ini, Sarawak pastinya akan jadi pemegang taruh penting kepada arena sukan negara selepas Kerajaan Persekutuan sudah pun bersetuju untuk memberikan hak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2024/08/26/penganjuran-sukma-sarawak-capai-objektif/
 
Pilih Silambam Sebab Dengar Cakap Bapa, Atlet 14 Tahun SUKMA Buat Seluruh Batang Kali Bangga

27.08.2024 -
ACARA sukan Silambam yang berlangsung pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak baru-baru ini menyaksikan berlaku kejutan apabila atlet muda berusia 14 tahun berjaya merangkul pingat gangsa.

Ishwaria Devi Ramanathan nama diberi, pastinya bukan mudah bagi seorang pelajar sekolah biasa untuk bersaing dengan wakil atlet daripada sekolah sukan.

Nampak mustahil tapi tidak bagi atlet muda yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA), Selangor di bawah pentadbiran Pengetua Cemerlang DG54, Hanishah Mohd.
Sebelum menyertai acara tersebut, menurut ibunya, Amutha Subramaniam,52, mengatakan bahawa mereka tidak meletak sebarang sasaran pingat.

"Kalau nak tengok kejohanan peringkat tertinggi, ini merupakan kali pertama Ishwaria sertai, jadi kami memang berbangga dengan pencapaian tersebut.

"Jadi, bila dia dapat gangsa tu memang gembiralah sebab kalau nak tengok number of experience dia ni kira baru lagi. So the next one we try to achieve higher lah," katanya kepada Majoriti.

Menurut ibunya lagi, Ishwaria yang juga mesra dengan panggilan Ishu itu turut meminati sukan memanah namun ayahnya memberi dorongan untuk dia menyertai sukan Silambam.

"Dia sebenarnya minat sukan memanah tapi ayah dia suruh dia belajar Silambam juga dan dia pun cubalah, jadi Silambam dia join, memanah pun dia ada belajar juga dekat sekolah," ujarnya.

Berita asal https://majoriti.com.my/sukan/2024/...tak-sangka-dapat-pingat-gangsa-acara-silambam
 
Pilih Silambam Sebab Dengar Cakap Bapa, Atlet 14 Tahun SUKMA Buat Seluruh Batang Kali Bangga

27.08.2024 - Acara sukan Silambam yang berlangsung pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak baru-baru ini menyaksikan berlaku kejutan apabila atlet muda berusia 14 tahun berjaya merangkul pingat gangsa. Ishwaria Devi Ramanathan nama diberi, pastinya bukan mudah bagi seorang pelajar sekolah biasa untuk bersaing dengan wakil atlet daripada sekolah sukan. Nampak mustahil tapi tidak bagi atlet muda yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA), Selangor di bawah pentadbiran Pengetua Cemerlang DG54, Hanishah Mohd. Sebelum menyertai acara tersebut, menurut ibunya, Amutha Subramaniam,52, mengatakan bahawa mereka tidak meletak sebarang sasaran pingat.

"Kalau nak tengok kejohanan peringkat tertinggi, ini merupakan kali pertama Ishwaria sertai, jadi kami memang berbangga dengan pencapaian tersebut. Jadi, bila dia dapat gangsa tu memang gembiralah sebab kalau nak tengok number of experience dia ni kira baru lagi. So the next one we try to achieve higher lah. Dia sebenarnya minat sukan memanah tapi ayah dia suruh dia belajar Silambam juga dan dia pun cubalah, jadi Silambam dia join, memanah pun dia ada belajar juga dekat sekolah," ujarnya.

Menurut ibunya lagi, Ishwaria yang juga mesra dengan panggilan Ishu itu turut meminati sukan memanah namun ayahnya memberi dorongan untuk dia menyertai sukan Silambam. Di samping itu, Amutha yang juga merupakan warga pendidik itu turut berkongsikan kata-kata semangat yang menjadi dorongan untuk anaknya yang berusia 14 tahun itu.

"Biasa saya punya slogan tu satu saja, do your best. Apa saja keputusan saya terima sebab saya tak nak bagi tekanan dekat dia. Nanti kalau kita tekan sangat nanti dia nak main pun dia tak ada apa, energy kan. Jadi saya memang fully support dia daripada belakang. So our main thing is do your best. So the first time pun dia dah dapat achieve pingat gangsa, saya sangat gembiralah," kongsinya pula.

Saya lebih suka tengok Kabaddi.
Sampai nak patah kaki pun ada.
Nampak macam soft game tapi ganas juga.
Lagi best tengok masa Sukan Asia.
Macam2 bangsa main Kabaddi ni.
 
Back
Top
Log in Register