Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
05.10.2023 - Satu lagi lokasi ditambah sebagai venue dalam penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlansung pada Ogos tahun hadapan. Penambahan satu lagi lokasi terbabit iaitu di Bahagian Serian menjadikan kesemua 9 lokasi akan terlibat dalam penganjuran temasya itu, berbanding lapan yang ditetapkan sebelum ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, secara keseluruhan, Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan temasya berkenaan. Lapan lokasi yang ditetapkan sebelum ini ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri sebagai venue penganjuran 37 acara sukan yang dipertandingkan.
“Kita telah tambah satu lagi bahagian. Sebelum ini saya umumkan SUKMA akan dianjurkan di lapan bahagian di Sarawak. Serian menjadi satu lagi bahagian yang akan menjadi satu lagi lokasi venue penganjuran SUKMA, menjadikan 9 bahagian kesemuanya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini.
Beliau berkata, peruntukan dana untuk penganjuran dan menaik taraf kemudahan venue sudah telahpun dimuktamadkan dengan segala persiapan berada pada landasan yang telah ditetapkan. Sarawak juga katanya, akan menganjurkan acara Sukan Sarawak (SUKSAK) pada penghujung tahun ini sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi temasya SUKMA 2024 kelak. Penganjuran itu bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet-atlet negeri itu suasana persaingan sebenar dalam temasya SUKMA nanti.