combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,156
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,156
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja mengenakan baju sejuk berikutan suhu rendah yang direkodkan sejak awal sesi persekolahan.
Penduduk di daerah Dungun terutama di kawasan luar bandar kini merasai suhu yang agak luar biasa terutama pada waktu pagi sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Malah, suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius itu menyaksikan penduduk terpaksa memakai jaket tebal bagi memanaskan badan.
Tinjauan Bernama di Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun di sini yang bersempadan dengan Jerantut, Pahang pada pagi tadi mendapati keadaan persekitaran berkabus, namun penduduk menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.
Selain itu, suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja yang terletak di kampung itu turut kelihatan seumpama berada di Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang apabila kebanyakan murid hadir ke sekolah memakai baju sejuk.
Guru Besar SK Pasir Raja Mohd Nor Azizi Kamarudin berkata keadaan cuaca sejuk itu mula dirasai sejak hari pertama persekolahan pada Ahad lepas.
“Kawasan persekitaran kampung berhampiran sekolah juga berkabus pada waktu pagi berikutan penurunan suhu udara,” katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.
Mohd Nor Azizi berkata suhu yang direkodkan di sekolah itu serendah 18 darjah Celsius pada 7 pagi Ahad lepas, manakala pada hari berikutnya kira-kira 20 darjah Celsius.
Berikutan itu, pihak sekolah menggalakkan murid memakai baju sejuk sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.
Suhu Serendah 18 Darjah Celsius, Penduduk Dungun Teruskan Aktiviti Harian Seperti Biasa
suhu, sejuk, Terengganu, SK Pasir Raja, Dungun