aku seorang trader yang gagal, selalu MC saje
selepas baca semua , macam cuma ada 2-3 orang sahaja yang berjaya
yang lain lain ratus ribu orang semua gagal.....
aduh....bila baru aku boleh berjaya
perlukah otak genius?????
anda gagal bila anda tak mampu belajar sesuatu dari kegagalan lepas.
anda gagal bila anda tak mampu berfikiran positif.
takde trader yg tak penah mc..
takde trader yg tak penah rasa down..
tapi yg mengukur kejayaan adalah cara kita belajar dari kegagalan..
dari dulu aku pegang prinsip ni..
kalo orang lain boleh berjaya,kenapa aku xboleh?
benar..cuma 5% yang berjaya..dan aku sentiasa cabar diri aku untuk termasuk dalam golongan 5% itu..
kerana aku percaya 5% itu semestinya berasal dari 95% yang tak berjaya..
kalo berani OP yang berisiko aku akan berani cutloss sebagai hukuman untuk diri aku..
kalo hari ni semua OP profit,tak semestinya OP esok semua profit..
tapi aku sentiasa cabar diri aku untuk kekalkan tiap2 hari mesti profit..
aku dah lebih 5kali kot mc..
bila aku tahu trader semua penah mc..
aku pilih untuk mc sejuta kali dengan akaun demo..
aku anggap akaun demo seperti akaun live..
setahun lebih aku trade demo..
dan setiap kali mc aku sentiasa berfikiran positif dan aku akan belajar dari kesilapan..
aku kenalpasti kelemahan dan kelebihan aku..
dah cukup yakin dan ada backup plan baru aku berani trade live..
aku trader base on 100% technical analysis..
aku ada cara aku sendiri untuk mengekalkan profit..
1st step yang aku belajar adalah mencari teknik yang sesuai..
teknik xpenah salah..yang salah adalah sikap kita..
2nd step,cara untuk mengekalkan keuntungan yang konsisten..
3rd step,cara untuk mengawal emosi..(yang ni paling susah)
aku baru je mengorak langkah awal tahun ni..dan aku takkan penah menyerah kalah..
kerana aku tahu..ini adalah perjuangan..perjuangan untuk mencapai FINANCIAL FREEDOM!
