kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Subkontraktor Didakwa Berdagang Senjata Api, Miliki Senjata Tiruan
Subkontraktor Yeong Kok Hoong, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan berdagang senjata api serta memiliki senjata tiruan tanpa kebenaran sah pada awal bulan ini.
Seorang subkontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berdagang tiga pucuk senjata api serta memiliki pelbagai senjata tiruan dan amunisi tanpa kebenaran yang sah, minggu lepas.
Yeong Kok Hoong, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berdagang tiga pucuk senjata api, iaitu jenis CZ750 D, Stoeger STR-9 dan Cougar 8000 FT di sebuah rumah di Jalan Repoh, Taman Repoh di sini pada 12.30 tengah hari 8 Julai.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Yeong didakwa memiliki selaras senjata Airsoft jenis Rifle Tact (4.5mm) dan satu pucuk senjata Airsoft jenis pistol (4.5mm) di lokasi dan pada masa serta tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki tujuh pucuk senjata tiruan iaitu senjata Airsoft jenis pistol (4.5mm) tanpa kebenaran sah di lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 36(1) Akta 206.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Yeong didakwa memiliki amunisi tanpa kebenaran sah melibatkan 212 butir peluru pelbagai jenis antaranya RC2 Competition, Bornaghi 12 Bore dan Remington 12 Bore serta 8,939 kelongsong peluru jenis 9mm, .22 dan .38 mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.