aku plajar kat sebuah skolah area selangor..
aku amek aliran Teknologi Maklumat(ICT)..
aku kurg power sngt ngn subjek Kimia ngn Fizik nih..
Kepada sape2 yg da grad. aliran IT nih..
subject ape yg penting kalu nak smbong blaja utk aliran ICT ni ek??
aku dalam dilema..
wakaka
untuk kelayakan masuk ke universiti aku tak pasti...
tapi yang perlu untuk kefahaman dan penguasaan adalah :
1. matematik moden (terutamanya mantik/logik, set/subset)
2. matematik tambahan (sekiranya nak buat aplikasi berkaitan kejuruteraan)
3. fizik (tajuk berkenaan elektrik) sekiranya kau nanti berminat untuk pergi lebih kepada kejuruteraan elektronik)
dalam ICT, banyak cabang :
1. system administration
2. database administration/developer
3. networking
4. programming
5. dll.
ada cabang yang tak ada kebergantungan dengan ilmu sains klasik. tapi kalau nanti kau perlu untuk bekerjasama dengan jurutera elektronik, mereka buat litar dan kau memprogramkan microC atau memprogramkan PC untuk berkomunikasi dengan mesin yang dibuat oleh jurutera in-house kau harus faham beberapa perkara.
mungkin kau kena buat perisian yang memimik fizik dunia sebenar. kau perlukan pemahaman tentang fizik dinamik dan statik.
jangan pernah meminggirkan sebarang subjek di sekolah menengah, mungkin kau tak perlukan untuk sambung belajar atau minta kerja, tapi kau mungkin perlukan dalam hidup.
seorang doktor perlu faham fizik juga, kalau nak buka klinik sendiri kena tahu perakaunan. begitulah maksud aku.
kalau kau jadi system admin, fizik haba kena tahu juga kalau jaga server room. mungkin kau ada jurutera mekanikal untuk buat kerja-kerja tu, tapi kau kena tahu juga.