BTC USD 84,218.4 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Subconscious mind: Adakah anda percaya?

hani85

Super Active Member
Messages
6,861
Joined
Oct 24, 2010
Messages
6,861
Reaction score
287
Points
91
Assalam semua.

Aku sedang mengkaji subject berkaitan dengan subconscious mind. Agak menarik untuk diamalkan. Cuma, aku masih ragu2 samada benda alah ni betul2 boleh jadi ke tak.

Pernah baca buku The Secret? Siapa pernah baca mesti akan faham. Aku pernah baca, pernah tengok video dan audionya. Well konsepnya menarik. Nampak mudah, tapi sukar juga untuk diamalkan. Sebab memerlukan conviction yang tinggi untuk melakukan perubahan. The key is, percaya diri.

Ada beberapa contoh menarik yang pernah aku baca dalam beberapa buku. Salah satunya, penulis sebuah buku tentang subconscious mind ni pernah berjumpa dengan seorang lelaki. Di mana lelaki ni ada ayah yang sakit. Pergi hospital tak sembuh. Nak dijadikan cerita, dia membawa balik satu batu "ajaib" yang dikatakan boleh menyembuh apa2 jenis penyakit. So si ayah ni percaya dengan keajaiban batu tersebut, hari2 dia berharap supaya batu ni sembuhkan dia.

Then miracle happens, dia sembuh. Tapi..... yang menariknya, batu itu hanya batu di tepi jalan yang anaknya jumpa entah kat mana2. So bagaimana keajaiban tu terjadi? Ada banyak lagi contoh2 yang aku malas nak tulis kat sini. Sebab konsepnya lebih kurang.

CUMA.

Cuma. Aku ada doubts. Aku rasa most of the stories are too good to be true. Macam a good night stories. Keajaiban boleh berlaku hanya dalam beberapa minggu. Keajaiban yang bukan kecil okay. Most of the time, keajaiban tentang sesuatu perkara yang sudah sebati dalam jiwa mereka, perubahan yang sangat2 besar berlaku hanya dalam masa yang sangat singkat. Dapat pasangan yang diidam2 kan. Sembuh penyakit kronik yang tiada ubat. Dapat memiliki benda/perkara yang sebelum itu mereka hanya boleh bermimpi sahaja. Etc.

Tapi. Aku ada kenal sorang amoi ni. Top sales dulu kat syarikat aku kerja. Dia ada share tips tentang positive thinking. Positive thinking ni will be somehow related kepada subconscious mind. Amoi ni bgtau aku malam2 sebelum dia tidur dia akan dengar video Bob Proctor (motivation speaker dan one of contributor dalam buku The Secret). Dia kata sebelum tidur dia akan cakap pada diri dia, "Aku boleh buat (whatever dia punya goal yang dia nak achieve) ". Dan ianya berhasil untuk dia. Dia end up jadi top sales di company aku.

Tapi amoi ni aku boleh terima. Bagi aku itu taklah pelik. Yang aku dengar dalam video The Secret, ada satu kes, sorang laki gay yang segala2 dalam hidup dia kucar kacir. Kat office semua orang benci sebab dia gay. Setiap kali nak balik rumah ada satu group gangster akan buli dia di jalanan. Dia bercita2 nak jadi stand up comedian tapi tak da confident dan takut dikecam sebab gay. But one day, bila dia start fikir positive dan percaya diri, keajaiban kononnya berlaki. Officemates yang benci dia semua samada berhenti atau tukar department. Street buli tak lagi mengganggu. Dan dia diterima sebagai stand up comedian even as a gay. Dan ianya berlaku dalam masa hanya beberapa minggu! Aku rasakan its toooooooo good to be true. Macam, ajaibnya? Takkan mudah sangat perubahan berlaku, dan yang peliknya perubahan tu melibatkan perubahan environment di sekeliling nya pulak tu. Kalau perubahan tu melibatkan hanya perubahan diri dia saja, ok la aku mungkin masih lagi boleh terima.

So kat sini aku rasa ada beberapa benda yang aku agak curious.

1) Sometimes aku rasa penulis2 buku ni, some of them pHd holder, yang mana aku rasakan cerita mereka agak illogical. Yang aku rasa mungkin sengaja ditambah2 cerita dan di hype kan untuk menjadikan buku mereka menarik di baca (dan mungkin dalam masa yg sama untuk menjual idea mereka dalam buku tersebut).

2) Aku percaya pada positive thinking. Tapi aku kurang percaya pada drastic success hanya disebabkan kita berjaya menanamkan perkara2 baik dalam subconscious mind. Sebab aku rasakan perubahan untuk berjaya, especially untuk membuang perkara2 negative yang dah bertahun2 bersarang dalam kepala otak, mungkin dari kecil lagi, akan mengambil masa yang lama. Bukan 3-4 minggu. Bukan 3-4 bulan. Kejayaan memerlukan kesabaran. So aku rasa macam sangat sangsi dengan apa yang diceritakan dalam buku2 positive thinking/ subconscious mind ni. Dan aku tahu kalau aku sangsi, memang aku takkan berjaya untuk amalkan teknik "pukau diri" seperti yang dianjurkan penulis buku.

Agak panjang post ni. Memang khas untuk yang rajin membaca sahaja. :p

Anyway aku rasakan kalau aku berjaya convince diri aku yang konsep membina positive subconscious mind ni memang betul2 berkesan, maka banyak potensi teknik ni yang aku boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

Siapa nak share apa2 pengalaman dan komen, silakan. Terima kasih.
 
Berlainan dengan aku....bila aku positif thinking...pasti akan jd negatif...mgkin bkn semua org ada Subconscious mind
 
den baru baca buku sejarah tentang Badiuzzaman Said Nursi.. bru sparuh, tak abis lg hehe..

dia punya keyakinan dengan Allah sangatlah tinggi, semua benda yg dia buat dia serahkan kepada Allah.. maaf la den tak minat sgt nak baca buku2 mcm yg tt baca tu.. den suka baca buku2 yg berkaitan dgn agama..

banyakkan istigfar, insyaallah akan dipermudahkan segala urusan..


ataupon tt bole cari buku ni ..

Padanya Ada Hikmah: Untuk Manusia, Tuhan Tidak Pernah Memberi Kisah yang Sia-Sia
Prof. Dr. Muhaya Mohamad; Bahruddin Bekri

dlm buku ni ada beberapa kisah tetang positive mind tak silap.. dah lama baca, lupa dah

nnt balik den bukak semula dan akan share satu kisah pengalaman Dr Muhaya sendiri.. kalo salah den mintak maap :">
 
Bina Iman yg mantap kpd Allah would be much better... :)
 
den baru baca buku sejarah tentang Badiuzzaman Said Nursi.. bru sparuh, tak abis lg hehe..

dia punya keyakinan dengan Allah sangatlah tinggi, semua benda yg dia buat dia serahkan kepada Allah.. maaf la den tak minat sgt nak baca buku2 mcm yg tt baca tu.. den suka baca buku2 yg berkaitan dgn agama..

banyakkan istigfar, insyaallah akan dipermudahkan segala urusan..


ataupon tt bole cari buku ni ..

Padanya Ada Hikmah: Untuk Manusia, Tuhan Tidak Pernah Memberi Kisah yang Sia-Sia
Prof. Dr. Muhaya Mohamad; Bahruddin Bekri

dlm buku ni ada beberapa kisah tetang positive mind tak silap.. dah lama baca, lupa dah

nnt balik den bukak semula dan akan share satu kisah pengalaman Dr Muhaya sendiri.. kalo salah den mintak maap :">

Terima kasih ada cadangan..nanti nak cr buku seperti yg tuan cdgkan tu:)cgrock
 
Semua org ade subconscious mind. Bnda ni mmg ada dlm psikologi.psikologis barat mcm freud pn da lme kji n came out dgn idea pasal bnda ni.mcm aku..aku suka kaitkan dgn Islam sbb pd aku nabi dah tunjukkan template pasal subconscious mind ni. Kita xprasan n Allah suh kita berfikir..so sbb tu aku mmg suka relatekan subconscious mind dgn prinsip Islam...sbb nmpak kesinambungan...
 
dah lama tau subconscious mind ni
cuma tak tau la ada ke manusia yg able to use it masa cosncious ni ?

ada sebab knp manusia tak buleh guna pakai sunconscious mind ni aku rasa
sebab boleh memudaratkan badan

tapi yg tt ckp ni pasal positif thinking
so lain sikit la dari apa yg saya ckp

byk pembahagian subconscious mind ni
 
pendapat aku
kalau dalam islam,
subconcious mind ni adalah 'niat'....'niat yang betul2 ikhlas'..


segala apa yg kita niatkan..kalau niat betul2,,
insyaAllah pasti akan menjadi

sbb tu dalam islam 'niat' tu penting..

p/s: sekadar pendapat...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register