BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subang Telinga ‘BASS’ Jadi Perhatian, Ada Sebab Bella Astillah Pakai - “Memang Kita Ada…”

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
astro_gempak_subang-telinga-bass-jadi-perhatian-ada-sebab-bella-astillah-pakai.jpg


Subang Telinga ‘BASS’ Jadi Perhatian, Ada Sebab Bella Astillah Pakai - “Memang Kita Ada…” Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah di sebuah acara baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Bukan kerana gaya anggunnya, tetapi juga disebabkan sepasang subang unik yang dipakainya. Subang tersebut menarik perhatian kerana tertera huruf ‘SS’ yang jelas kelihatan. Huruf tersebut telah mencetuskan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan netizen. Ramai yang mula membuat andaian bahawa subang itu mungkin merujuk kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq. Menjawab mengenai perkara itu, Bella menjelaskan bahawa subang tersebut merupakan hasil pilihan jurugaya untuk sesi fotografi yang diadakan bersama Solar Time.“Yang ini jurugaya saya yang sediakan. Memang kita ada sesi fotografi bersama dengan Solar Time. ini aksesori yang diberikan. Jadi aksesori ada sebelah BA sebelah lagi SS,” ujarnya. Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Solar Time yang ke-44 bertempat di IOI Mall, Putrajaya pada Khamis. Sekadar info, hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian warganet selepas mereka digandingkan sebagai duta bagi satu jenama baju raya tempatan pada tahun ini.

==============================

Hahaha Bella ni memang bijak, suka2 je pakai subang tu buat orang kecoh. Kalau check ig dia, memang style gmbr la. Tapi, mngkin ada alasan lain. Cuma malas2 nak layan spekulasi netizen. 😜

 
Back
Top
Log in Register