BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suap anak macam burung

stuck

Super Active Member
Messages
5,166
Joined
Apr 12, 2007
Messages
5,166
Reaction score
426
Points
91
Beijing: Sepasang suami isteri di Shanxi memberi makan kepada anak perempuan mereka yang menghidap palsi serebrum dengan menyuap dari mulut ke mulut sejak 15 tahun lalu.

China News melaporkan, kanak-kanak itu sebenarnya anak angkat yang ditemui Li Huanmei - tukang cuci di sebuah hospital di Datong - pada 2001.

Kerana tidak sampai hati, dia membawa bayi itu pulang dan menjaganya bersama suami, Zhao Yuchun.

“Saya tahu bayi biasanya ditinggalkan ibu bapa di hospital kerana dilahirkan berpenyakit. Namun, saya tidak sampai hati melihat bayi itu.

“Dia kemudian disahkan menghidap palsi serebrum yang terlalu teruk sehingga tidak mampu menghisap susu,” katanya.

Li berkata, anggota keluarganya mendesak dia mengabaikan bayi itu, namun dia dan Zhao berkeras mahu menjaganya, malah memberi nama Zhao Likun kepada kanak-kanak terbabit.

Disebabkan penyakitnya, Likun memerlukan penjagaan rapi sepenuh masa, bererti dia tidak boleh ditinggalkan berseorangan langsung.

Sehingga kini, Likun tidak dapat mengunyah menyebabkan Li dan Zhao memberinya makan tidak ubah seperti burung kepada anaknya.

“Kami mengunyah makanan itu terlebih dulu sebelum memasukkannya ke dalam mulutnya.

“Proses memberinya makan mengambil masa dua jam dan dia memerlukan makanan tiga kali sehari, bererti lebih enam jam dihabiskan setiap hari untuk memberinya makan,” kata Zhao.

Malangnya, ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan Zhao dan Li sendiri disebabkan mereka hanya sempat makan makanan sejuk selepas selesai memberi Likun makan.

Likun kini berusia 15 tahun, tetapi memiliki IQ setaraf kanak-kanak berusia tiga tahun.

Walaupun miskin, Li berkata mereka bahagia, sehingga dia didiagnos menghidap kanser tekak baru-baru ini.

Dia kini tidak lagi mendapatkan rawatan disebabkan tidak mampu.

“Tidak dinafikan kesihatan saya semakin teruk, namun saya lebih risaukan Likun. Harap-harap dia dapat menerima subsidi daripada kerajaan,” kata Li. - Agensi

02hmbird_cropped_1464831377.jpg
 
Ya Allah...tersentuh sungguh hati aku bace berita ni...

Moga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga...
 
Ni pon made in china juga....good quality
 
Ni pon made in china juga....good quality

Betul setuju...kekadang kalau kita perhati keluarga yg ada anak sakit,selalunya ibu bapa sayang yg sakit tu lebih dari yg normal,tapi itulah makna KEADILAN SEBENAR...yg sakit mmg memerlukan lebih perhatian....
 
diorg ni x percayakan tuhan tapi apa yg menyebabkan dia x sampai hati????
itulah manusia xleh lari dari fitrah mesti ada sifat belas kasih syg....
kalau haiwan dah lama bunuh kalau bukan anak dia.....
 
mmg tersentuh rasa bila baca berita ni,
aku sendiri rasa blm mampu tahap mcm ni utk jaga anak2..
 
anak kawan isteri sy pn ada mslh cerebral palsy. sebabnya kekurangan oksigen masa bersalin. kesian jgk sbb dua2 Doktor, yg jaga org tua
 
Back
Top
Log in Register