BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami YouTuber Sugu ditahan cederakan isteri

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan permohonan representasi suami kepada penggiat YouTube masakan S. Pavithra itu ditolak.
Permohonan representasi berkenaan adalah ke atas pertuduhan terhadap Sugu di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1892548

Perbicaraan kes memiliki senjata berbahaya Sugu ditetapkan dua hari mulai 11 Jan
9441066b473a8a6f464f96b429b89c5d5f9114625d66f.jpg

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 dan 12 Januari tahun hadapan untuk perbicaraan kes memiliki senjata berbahaya yang dihadapi bekas pekerja ladang M Sugu.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

22/10/2020 01:11 PM

IPOH, 22 Okt -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 dan 12 Januari tahun hadapan untuk perbicaraan kes memiliki senjata berbahaya yang dihadapi bekas pekerja ladang M Sugu.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan permohonan representasi suami kepada penggiat YouTube masakan S. Pavithra itu ditolak.

Permohonan representasi berkenaan adalah ke atas pertuduhan terhadap Sugu di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter.

Sugu, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lepas.

Pada prosiding hari ini, Sugu yang dilihat hadir seorang diri diwakili peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

Syahrul Nizam ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu pihak pendakwaan mencadangkan pihaknya membuat permohonan representasi yang kedua untuk dirujuk terus ke pihak pendakwaan pusat di Putrajaya.

“Permohonan representasi dibuat untuk pihak pendakwaan meneliti semula kes ini dan ada beberapa perkara penting yang kami sudah masukkan dalam permohonan tersebut dan pihak kami percaya sekiranya diteliti penuh dan disiasat semula, kes ini mungkin tidak mempunyai merit prima facie yang kuat.

Pihak kami juga perlu mendapatkan arahan daripada anak guam dan meneliti semula dokumen-dokumen ini untuk penyediaan satu dokumen yang penting untuk rujukan dan siasatan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk pihak pembelaan memaklumkan status terkini berkenaan dokumen dan permohonan representasi kedua.

Pada 17 Sept lepas, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu, daripada satu lagi tuduhan iaitu mencederakan Pavithra, 28, pada waktu kejadian berikutan isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan semasa prosiding itu.
-- BERNAMA

Bicara kes suami Youtuber terkenal ditetapkan 11 Januari
| | 22 Oktober 2020

M Sugu - Foto Bernama
A
A
IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 dan 12 Januari tahun hadapan untuk perbicaraan kes memiliki senjata berbahaya yang dihadapi bekas pekerja ladang M Sugu.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan permohonan representasi suami kepada penggiat YouTube masakan, S Pavithra itu ditolak.

Permohonan representasi berkenaan adalah ke atas pertuduhan terhadap Sugu di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter.

Sugu, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lepas.

Pada prosiding hari ini, Sugu yang dilihat hadir seorang diri diwakili peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi.

Syahrul Nizam ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu pihak pendakwaan mencadangkan pihaknya membuat permohonan representasi yang kedua untuk dirujuk terus ke pihak pendakwaan pusat di Putrajaya.

“Permohonan representasi dibuat untuk pihak pendakwaan meneliti semula kes ini dan ada beberapa perkara penting yang kami sudah masukkan dalam permohonan tersebut dan pihak kami percaya sekiranya diteliti penuh dan disiasat semula, kes ini mungkin tidak mempunyai merit prima facie yang kuat.

Pihak kami juga perlu mendapatkan arahan daripada anak guam dan meneliti semula dokumen-dokumen ini untuk penyediaan satu dokumen yang penting untuk rujukan dan siasatan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk pihak pembelaan memaklumkan status terkini berkenaan dokumen dan permohonan representasi kedua.

Pada 17 September lepas, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu, daripada satu lagi tuduhan iaitu mencederakan Pavithra, 28, pada waktu kejadian berikutan isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan semasa prosiding itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Sugu dilepas tanpa bebas tuduhan cederakan Pavithra
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...suami-Youtuber-terkenal-ditetapkan-11-Januari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
M Sugu dikenakan bon berkelakuan baik

IPOH: Suami YouTuber terkenal S Pavithra, M Sugu hari ini terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun bercagaran RM8,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Norashima Khalid memerintahkan hukuman itu selepas Sugu, 30, mengaku bersalah semasa prosiding perbicaraan bagi tuduhan memiliki senjata berbahaya pada Julai 2020.

Selain itu, Norashima turut mengarahkan Sugu membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000 setelah dicadangkan oleh Timbalan Pendakwaraya Liyana Zawani Mohd Radzi.

Norashima berkata, Sugu dilepaskan setelah mahkamah mendengar rayuan pihak pembelaan dan mengambil kira fakta dikeluarkan selain meneliti permohonan representasi yang dihantar tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi memohon mahkamah membenarkan perintah bon berkelakuan baik dengan cagaran minimum ke atas anak guamnya di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah.

Syahrul Nizam memohon bon itu atas alasan ia berpunca daripada salah faham dan anak guamnya tidak pernah terbabit dengan sebarang kes jenayah atau gengsterisme selain perlu menyara dua anak yang masih kecil.

"Anak guam kami juga salah seorang calon Ikon Anak Bandaraya Ipoh yang mana hasil usaha beliau lakukan sedikit sebanyak mengharumkan nama negeri Perak.

"Dalam kes ini, anak guam menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi apa yang berlaku. Pengakuan awal hari ini juga sudah menjimatkan masa dan kos perbicaraan yang bakal mengambil masa panjang," katanya.

Pada 24 Julai lalu, Sugu mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai tahun lalu yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat.

Pihak pembelaan sebelum ini menghantar surat permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula status kes dan meneliti semula pertuduhan terhadap Sugu.

Pada 17 September lalu, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu, daripada tuduhan mencederakan Pavithra, 28, pada waktu kejadian selepas isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan. – BERNAMA
 
aku x phm mentaliti org mesia ni

org profesional ke netizen biase je same je level sbenanye

bila jd public figure hnye drp socmed sangap pon leh treat dh mcm vip

yg jdk datok vip scammer lg xleh nk ckpla
 
..youtube dia pun terus dah tak update...

..dah cuci tangan kot..
 
987786.jpg

Video terbaru Sugu Pavithra tampil kelainan

SHAH ALAM - Selepas menyepi hampir enam bulan, pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di YouTube pada minggu lalu.

Masih mengekalkan sikap bersahaja dan bertutur dalam bahasa kebangsaan, Pavithra dilihat gembira menyediakan masakan bersama ahli keluarganya.

Video kali ini memberi kelainan, apabila mereka dilihat berkelah di tepi sungai di mana Sugu dilihat menunjukkan kemahiran menangkap ikan menggunakan jala berbanding sebelum ini mereka hanya berada dalam rumah.

Konsep santai yang ditunjukkan keluarga ini pastinya menarik lebih ramai pengikut baharu di saluran Sugu Pavithra yang kini sudah mencecah 818,000 pelanggan.

Warga maya turut melahirkan rasa gembira melihat video terbaharu pasangan tular ini selain memberi kata-kata positif.

Kata Latiffar Ahmat, "Wah bagusnya, Sugu pandai jala ikan, isterinya pandai masak. Salam dari Singapura".

Ujar Azlan Charles pula, "Suka tengok kelainan video pada kali ini, teruskan menghasilkan vlog yang menarik Sugu dan Pavithra, terbaik!!!

Marissa Hanna sempat memuji perkakas masakan Pavithra dengan mengatakan kuali itu bersih dan berkilat.

Malah, Double SYA dan Manimaran juga teruja selepas melihat video terbaharu mereka dan berharap pasangan ini terus berkongsi masakan yang mudah, namun menyelerakan selain memberi beberapa tips atau petua masakan.

Pasangan dikenali sebagai Sugu Pavithra mula menjadi perhatian apabila video masakan mereka yang dimuat naik di YouTube menjadi tontonan ramai.

Pasangan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila Sugu ditahan polis kerana memukul isterinya pada 21 Julai tahun lalu menyebabkan mereka bertindak memadam semua video masakan sekitar Oktober 2020.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a/Video-terbaru-Sugu-Pavithra-tampil-kelainan

Hmmm.. cukup la sekali buat hal
 
Back
Top
Log in Register