BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami YouTuber Sugu ditahan cederakan isteri

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
773854.jpg



IPOH - Suami yang juga pasangan Youtuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang itu, suspek berusia 29 tahun dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari isteri dan adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Perselisihan terbabit berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya berusia 28 tahun di pekarangan hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga," katanya.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan petang semalam di lokasi kejadian mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.



Suami YouTuber bawa sabit masuk hospital cari adik ipar





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
sugug_1595406497.jpg

SEORANG lelaki pasangan kepada 'Youtuber masakan' di hadapkan ke Mahkamah Majistret untuk menerima perintah reman berikutan dipercayai mencederakan isterinya. NSTP/Sharul Hafiz Zam

Suami hadapi tiga siasatan polis, Youtuber mohon ruang selesai isu peribadi

IPOH: Youtuber masakan yang suaminya ditahan reman tiga hari pagi tadi, kerana disyaki mendera isteri serta memiliki senjata bahaya di tempat awam, memohon diberi ruang menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dihadapinya.

Wanita berusia 28 tahun itu yang turut berada di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, kelihatan gelisah dan tidak selesa ketika menyaksikan suaminya dibawa polis dalam keadaan digari dan berpakaian lokap.

Lelaki berusia 29 tahun itu, kini berdepan siasatan polis berhubung penderaan dan pemilikan bahan kakisan susulan laporan polis yang dibuat oleh isterinya dan petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ketika dihampiri media di perkarangan mahkamah, wanita itu enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya masuk menunggu di dalam sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga saudaranya.

Seorang saudaranya yang juga lelaki bertindak sebagai pengurus kepada Youtuber itu, memberitahu pasangan terbabit perlu diberi masa untuk berehat dan menyelesaikan masalah peribadi dihadapi mereka.

"Mereka juga mungkin tidak akan muncul dalam sebarang program dalam tempoh beberapa minggu ini," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Suami Youtuber terbabit yang juga bekas buruh estet di Sungai Siput, ditahan polis petang semalam selepas dia dikesan membawa senjata bahaya dalam keadaan mabuk di Hospital Raja Perempuan Bainun.

Susulan kejadian itu juga, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, malam tadi.

Berdasarkan maklumat diterima media, kejadian bermula di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 10 malam kelmarin, apabila berlaku perselisihan di antara lelaki berkenaan dengan isterinya.

Lelaki terbabit dikatakan berang kerana namanya tidak disebut oleh isterinya pada satu majlis anugerah di Ipoh baru-baru ini.

Perselisihan itu berlanjutan hingga semalam apabila lelaki terbabit yang berada dalam keadaan mabuk, bertindak memukul mangsa sebelum pergi ke HRPB untuk mencari adik iparnya sambil membawa sabit.

Kejadian itu disedari jururawat sebelum menghubungi bantuan anggota pondok polis hospital menyebabkan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Lelaki terbabit kini berdepan siasatan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual, selain mengikut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan.
 
Last edited:
baru je popular channel Sugu Pavitra, dah buat hal.......
 
Suami mana tak cemburu kalau isteri di make up cantik2, satu Malaysia pulak tengok
 
dah mabok, ilanglah humble..mai lah riak takabur lupa diri..br ja Majlis Bandaraya Ipoh nk amik couple ni jd ikon Ipoh,dh lekat kes..
 
Mabuk punya pasal.....
Tu pun org dok tonggang lagi...
 
sugupavitra bila makeup nampak lebih moden dan cantik...sapa tak jeles :p
 
Back
Top
Log in Register