Suami YouTuber Sugu ditahan cederakan isteri

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,786
Reaction score
11,718
Points
2,376
Sugu Pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan YouTube
View attachment 263939
Pavithra dan suaminya, Sugu menunjukkan hasil masakannya di YouTube ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Sungai Siput, Perak pada pertengahan Mei lalu.

SUNGAI SIPUT - Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan M Sugu memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran 'Sugu Pavithra' semalam.

Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube 'Sugu Pavithra' telah dipadam.

Laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ithra-tak-mahu-ada-kaitan-lagi-dengan-YouTube
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
YOUTUBER | Sugu & Pavithra Padam Semua Video

Pasangan YouTuber dikenali ramai melalui saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra membuat keputusan untuk tidak ada kaitan lagi dengan laman YouTube.

Menurut Sugu,mereka tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan YouTube, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,786
Reaction score
11,718
Points
2,376
sembang ke**** :ROFLMAO: :ROFLMAO:

YOUTUBER | Sugu Pavithra Akan Kembali

YouTuber masakan, Sugu Pavithra dikhabarkan akan membuat kemunculan semula selewat-lewatnya petang ini.

BERNAMA dalam laporannya menyebut perkembangan itu disahkan sendiri oleh M. Sugu, suami kepada Pavithra.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,575
Reaction score
4,319
Points
201
Ikon Ipoh Pavithra kekal status quo: MBI

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh masih mengekalkan pengiktirafan yang diberikan kepada YouTuber masakan popular, S Pavithra.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, walaupun individu tersebut sudah mengumumkan penolakan pengiktirafan yang diberikan itu, keputusan MBI kekal status quo.

Menurutnya, MBI setakat ini belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pavithra berhubung keputusan menolak pengiktirafan tersebut.

"Setakat ini (pengiktirafan ikon Bandar Raya Ipoh) kekal status quo dan kita belum buat keputusan apa-apa.

"Kita pun tidak terima sebarang kenyataan rasmi daripada Pavithra. Jadi buat masa ini kita mengekalkan pengiktirafan itu," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pavithra sebelum ini yang mengambil keputusan menolak pengiktirafan MBI sebagai ikon Bandar raya Ipoh.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/94344/EDISI/Perak/Ikon-Ipoh-Pavithra-kekal-status-quo-MBI
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,575
Reaction score
4,319
Points
201
Sugu Pavithra kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk Aidiladha



IPOH: Pasangan YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' yang kembali memuat naik video di saluran YouTube mereka, berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia mereka.

M Sugu, 29, berkata menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

"Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut Hari Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Pasangan suami isteri berkenaan kembali berkongsi video masakan pada Selasa, dengan menu dalca kambing selepas Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari, Sabtu lepas.

Sugu memberitahu Bernama semua video dipadam setelah beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.



Sementara itu, mengenai video baharu yang dimuat naik, Sugu berkata beliau dan Pavithra sangat gembira serta tidak menyangka mendapat hampir 3,000 komen dan 100,000 tontonan dalam tempoh lebih tiga jam selepas perkongsian.

"Kami gembira lagi-lagi hampir semua komen itu memberikan kata-kata positif dan semangat kepada kami. Sangat terharu," kata bapa kepada dua anak berumur dua serta enam tahun.

Antara pengikut pasangan itu yang meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen video berkenaan adalah Zaim Ani yang menyebut :"Akhirnya, anda kembali. Biarkan perkara yang lepas. Kembalikan semua aura anda dan keluarga. Tapi sebenarnya ia lebih menarik seperti kebiasaan video yang ada seluruh ahli keluarga dan anda sebut 'JOM MAKAN'.


Bagi Rozita Ibrahim, beliau menasihatkan Sugu dan Pavithra agar tidak membenarkan orang luar masuk campur dalam urusan rumah tangga dengan pesanan: "Terus kuat. Keluarga diutamakan. Suka mengikuti masakan anda".

Jean Khoo pula berkata: " Saya sangat suka anda sudah kembali Akka! Jangan lupa PM (Perdana menteri) menyokong anda dan anda mempunyai banyak peminat yang menyukai kandungan anda. Tolong jangan berhenti menghasilkan

video! Jaga diri!"
-- BERNAMA
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,440
Reaction score
569
Points
126
Keluarga, wang dan media punca masalah – Pavithra
pavithra-681x383.jpg
Pavithra

KUALA LUMPUR – Bintang YouTuber Malaysia S. Pavithra memuat naik sebuah lagi video selepas kemunculan semula baru-baru ini, namun kali ini bukan video masakan tetapi mengenai kontroversi di sebalik penangkapan suaminya.

Video YouTube lima minit itu (
) yang bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’, menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M. Sugu.

“Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.

“Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga,” katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.

Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.

Ibu kepada dua anak itu mendakwa media juga telah menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lepas.

“Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami,” katanya.
Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.

Pavithra berkata suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.

“Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama… saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa,” katanya.

Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memiliki sabit dan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.
— BERNAMA
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,237
Reaction score
1,672
Points
206
Den raso elok sugu buek channel YouTube lain n share kemahiran teknik berladang dgn sabit. Msti ramai polowers ekekeke 😁
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,212
Reaction score
1,282
Points
151
Nie benda biasa. Bila susah, susah sorang-sorang.
Bila senang, tetiba ramai ngaku saudara/sahabat :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register