BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Neelofa Jadi Cikgu Pula

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Pendakwah bebas, PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling bagi membantu proses pembelajaran pelajar.

PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut
100508w3zshji5gsy700h0.png

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya dalam satu kenyataan kepada media.


Suami kepada selebriti Neelofa itu yang turut berperanan sebagai guru sementara di sekolah berkenaan mengakui gembira dan bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab murni tersebut.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.

“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya

*Kosmo
 
Apa hal lah cikgu2 laki kat mesia pakai tali leher. Zalim dalam cuaca camni.
 
Banyak betul pakai dia bawak untuk menyumbang ni.. ada baju biru, ada baju putih

Ini membuktikan beliau bukan sahaja menyumbang projektor untuk sekolah, malah turut menyumbang post untuk instagram beliau
 
jadi cikgu utk marketing je nie..dasar pakistan mix
 
Back
Top
Log in Register