akukurt
Legendary Member

- Messages
- 10,594
- Joined
- Feb 9, 2010
- Messages
- 10,594
- Reaction score
- 60
- Points
- 120
mesti isteri punya dah lemau... tu tgk web blue, fresh2 punya
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



SAYA berkahwin selama 13 tahun dan perkahwinan saya bahagia. Saya ingin bertanya tabiat suami yang gemar melayari laman web lucah di Internet.
Saya tidak pasti sama ada dia melakukan onani atau tidak. Adakah perkara ini normal bagi lelaki dan jika tidak, bagaimana menanganinya? Saya sayangkan suami tetapi tawar hati untuk bersamanya apabila mengenangkan tabiatnya itu.
ISTERI KELIRU,
Selangor
MELAYARI laman web lucah adalah haram kerana ia membangkitkan nafsu dan mempengaruhi seseorang melakukan jenayah dan dosa besar seperti zina dan rogol. Memandangkan akses kepada Internet dan laman web begitu mudah sekarang, pembuat dasar terutama kerajaan dan agensi penguat kuasa perlu bertindak membendung gejala berkenaan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Kesedaran perlu digerakkan dan tindakan perlu diambil bagi melindungi masyarakat daripada anasir perosak itu. Secara umumnya manusia ada kehendak seksual. Begitulah apa yang berlaku kepada suami puan. Bagaimanapun, ia hendaklah dikawal akal dan agama. Pada pandangan saya, suami puan sekarang mungkin sudah ketagih dalam melayari laman web sedemikian.
Tabiatnya perlu dihentikan kerana perbuatan sedemikian tiada kebaikan dan dikira sebagai melakukan perbuatan maksiat. Puan hendaklah berusaha menasihatinya supaya berhenti secara baik. Beri bayangan kepadanya sekiranya anak sendiri mengetahui perbuatan itu dan seterusnya melayari laman sedemikian, tentunya beliau memalukan dan takut anak terpengaruh. Sekiranya perbuatan itu masih berterusan, puan hendaklah memutuskan talian Internet itu supaya akses menjadi sukar. Selain itu, sebagai isteri, puan hendaklah memahami kehendak seksual suami.