BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami jerut mati isteri di Ampang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Ampang: Jerut leher sampai mati. Itu tindakan kejam seorang lelaki berusia 33 tahun yang membunuh isterinya berusia 27 tahun di rumah mereka di Bukit Ampang Permai di sini.

Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, suspek kemudiannya meminum racun untuk membunuh diri, namun usahanya itu gagal.

Menurut sumber, pihak Hospital Ampang mulanya menerima seorang pesakit wanita yang tidak sedarkan diri.

“Selepas diberikan rawatan kecemasan, mangsa bagaimanapun maut tidak lama kemudian.

“Hasil bedah siasat segera dilakukan sebelum pihak hospital menemui kesan cekik ataupun jerut di leher mangsa.

“Susulan itu kes berkenaan dibuka semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), kelmarin,” katanya.

Sumber itu berkata, pegawai penyiasat yang menerima laporan itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa yang ketika itu turut dirawat di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati si mati dan suspek baru berkahwin enam bulan lalu dan mengalami masalah kewangan serta peribadi,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan polis forensik di rumah mangsa menemui dua helai kain langsir yang dipercayai untuk menjerut isterinya.

“Dia (suspek) kini sedang ditahan reman untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Superintendan Mohd Nazri Zawawi mengesahkan kejadian bunuh itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19817#sthash.bCpZIvYO.dpuf
 
masalah kewangan smpi jerut isteri... dooniaaa dooniaaaa....
 
Dah ada beberapa orang yang aku kenal tgh dalam proses nak hilang pertimbangan mcm ni jugak.

Kes ters.o.n.t.o.t emas.

Ada yang loan sampai full maximum lepas tu cekau duit mak ayah nak pi haji.

Ada jugak yang jual rumah punya mahal dan resign kerja.. duit all out masuk emas. Sekarang dlm akaun bank tinggal Rm 3.10. Pun dah psycho tu. Last ngeteh duduk dekat kedai minum tu 4 jam orang lain semua bersembang dia sorang pusing sudu dalam cawan tu sampai lama-lama member lain seram tengok dia.

Benda masalah kewangan ni x boleh buat main woo... lagi-lagi kalau kena desak pulak contohnya dengan isteri.. kritik suami sebab gagal dalam pengurusan wang dan sebagainya. Last2 hilang pertimbangan jadi lah benda x diingini macam macam.
 
duit all out masuk emas. Sekarang dlm akaun bank tinggal Rm 3.10. Pun dah psycho tu. Last ngeteh duduk dekat kedai minum tu 4 jam orang lain semua bersembang dia sorang pusing sudu dalam cawan tu sampai lama-lama member lain seram tengok dia.

:(:)cgrock
 
pyh klu jd org yg terlalu berani main dgn loan
 
Dah ada beberapa orang yang aku kenal tgh dalam proses nak hilang pertimbangan mcm ni jugak.

Kes ters.o.n.t.o.t emas.

Ada yang loan sampai full maximum lepas tu cekau duit mak ayah nak pi haji.

Ada jugak yang jual rumah punya mahal dan resign kerja.. duit all out masuk emas. Sekarang dlm akaun bank tinggal Rm 3.10. Pun dah psycho tu. Last ngeteh duduk dekat kedai minum tu 4 jam orang lain semua bersembang dia sorang pusing sudu dalam cawan tu sampai lama-lama member lain seram tengok dia.

Benda masalah kewangan ni x boleh buat main woo... lagi-lagi kalau kena desak pulak contohnya dengan isteri.. kritik suami sebab gagal dalam pengurusan wang dan sebagainya. Last2 hilang pertimbangan jadi lah benda x diingini macam macam.
Ni buat keputusan x pikir panjang... x siasat.....
 
jgn cte pasal sonnntttottt bos....serammmmmm den.....~X(~X(
 
Back
Top
Log in Register