BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami isteri penyamun

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA TERENGGANU: Bagaikan pasangan ‘Bonnie and Clyde’ yang terkenal menyamun di luar negara sekitar 1930-an, sepasang suami isteri dari bandar raya ini yang giat menjalankan kegiatan pecah kereta, tumpas dicekup polis dalam operasi Ops Lejang Cermin di sebuah hotel di Jalan Tok Lam, di bandar raya ini.

Sebelum ini, pasangan berusia 27 dan 29 tahun yang mempunyai rekod jenayah itu pernah dipenjara pada 2008 kerana kegiatan memecah kereta sebelum melarikan barangan berharga.

Namun, selepas hampir setahun berleluasa, pasangan yang mempunyai tiga anak berumur antara tiga bulan hingga tujuh tahun itu akhirnya tumpas apabila penginapan mereka di sebuah hotel diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 1 pagi, 13 Ogos lalu yang bertindak hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, tangkapan itu membongkarkan 50 kes pecah kereta di sekitar daerah ini dengan anggaran kerugian bernilai RM100,000.

“Susulan penahanan mereka, kami merampas barangan yang percayai dicuri pasangan ini bernilai RM30,000.

“Antara barang ditemui ialah 11 unit komputer riba, 18 unit telefon bimbit, 16 unit pemacu storan, 22 keping kad SIM, lima utas jam tangan, empat unit cakera keras, dua unit kamera, dua unit alat pemain MP3 dan MP4 serta empat unit beg komputer riba.

“Pengadu yang pernah membuat laporan berkaitan kejadian pecah kereta atau kehilangan komputer riba diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu untuk membuat pengecaman barang dirampas atau menghubungi talian 09-6246222, sambungan 5769 atau Inspektor Selvakumar, 019-5767731,” katanya dalam sedia media di IPD Kuala Terengganu di sini, semalam.
 
ni baru nama sehati sejiwa,seiring dan sejalan..:)):)):))
 
pecah kereta dah dapat ni pecah kan kepala dedua..senang.
 
Bonnie and Clyde 1Malaysia ni..nanti dpt la dato' dr kerajaan Melaka :))
 
haha biz keluarga
akhir2 ni bnyk berita jenayah dr area terengganu
kerajaan dan media nak target sape ni ek
 
Back
Top
Log in Register