BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Isteri Maut, Rumah Terbakar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836

Suami isteri maut, rumah terbakar​



16 Mac 2024 09:33am


2577227.jpg

Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di bahagian bilik tidur utama di tingkat atas dan dapur. Foto Bomba Selangor


PETALING JAYA - Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan S21/18, Damansara Utama di sini, pada Sabtu.

Mangsa yang maut dikenali Leong Chen Mun, 55, dan Kang Tsi Yam, 61.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara serta bantuan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.13 pagi.

"Setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas iaitu bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur.

“Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

2577226.jpg

Suami isteri maut selepas kediaman mereka di Damansara Utama, terbakar dalam kejadian pada Sabtu. Foto Bomba Selangor


Ahmad Mukhlis berkata, kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 70 peratus.

Katanya, unit anjing pengesan (K9) bomba juga berada di lokasi kejadian.

"Bomba masih menjalankan siasatan untuk kenal pasti punca kebakaran," ujarnya.


 
Mangsa yang maut dikenali Leong Chen Mun, 55, dan Kang Tsi Yam, 61.

“Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
 
Back
Top
Log in Register