BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami isteri kongsi dadah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Dua wanita ini ditahan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah di Ketengah Jaya, pagi semalam.
< 1 / 1 >
DUNGUN – Seorang suami sepatutnya membimbing isteri dan ahli keluarga, namun sebaliknya berlaku pada sebuah keluarga peneroka di Ketengah Jaya, di sini, apabila seorang suami sanggup menjadikan isterinya sebagai teman untuk melepaskan gian.

Rahsia perbuatan tidak bermoral pasangan terbabit yang merupakan anak kepada peneroka Felda, terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di kawasan Tanah Rancangan Felda Kerteh Enam di Ketengah Jaya, pagi semalam.

Hasil saringan air kencing mendapati, lelaki berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala isterinya pula positif methamphetamine (pil kuda).

Dalam serbuan berasingan di Felda Kerteh Lima, di sini, seorang wanita masih berstatus isteri orang, ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah selepas saringan air kencing mendapati dia juga positif methamphetamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pasangan suami isteri dan wanita berusia 24 tahun berkenaan merupakan antara 13 suspek yang ditahan dalam Ops Tapis bermula jam 7 pagi hingga jam 11.30 pagi semalam.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail itu dilakukan setelah menerima aduan penduduk yang memaklumkan, aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan belia di lokasi berkenaan semakin ketara.

Kata beliau, hasil risikan, pihaknya mengadakan serbuan dari rumah ke rumah untuk menangkap suspek disyaki penagih dadah dan daripada 13 yang ditahan, tiga daripadanya didapati memiliki pil kuda serta morfin.

"Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua yang terlibat akan menghadapi tindakan mahkamah sebaik kertas siasatan dilengkapkan,” katanya.
 
sharing is caring, ye ke :-?
 
laki bini hancus pasal dadah.
 
"Hasil saringan air kencing mendapati, lelaki berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala isterinya pula positif methamphetamine (pil kuda)."

tu bukan batu ke?
 
sehati sejiwa membawa bahagia

=.="
 
bagus la dorg ni.. sama2 la duduk dalam..
 
rasanya methamphetamine ni bukan pil kuda. sehati sejiwa. maybe die xnak lakinya daripada layan dadah kat luar.. takut kena AIDS
 
Back
Top
Log in Register